Wednesday, 10 September 2014

BUBUR PULUT HITAM

Salam sejahtera.. Tak tahu kenapa selera makan 2-3 hari ni..menjadi-jadi. Ini bukan berlaku pada Ita saja..malah hubby pun demikian jugak. Tak tahu mana mistake nye..seolah-olah kami menjadi orang lain ketika ini. Nafsu makan yang melampau-lampau menyebabkan kami merasa hairan bin ajaib.. Bagi je apa-apa pun makanan.., memang kami rembat. Sampaikan waktu malam pun Ita dan suami rela pergi ke Kuala Besut Terengganu just nak menikmati ikan bakar..ha..ha.. penat betul la.. just imaging..dari Kota Bharu nak sampai ke Kuala Besut, Terengganu..semata-mata nak makan ikan bakar.. macam mengandung anak sulung pulak..ha..ha..

Ita tidak tahu samada kesan dari ubat yang sedang Ita makan menyebabkan  selera makan Ita melampau-lampau. Asyik nak makan je.. Pening kepala anak perempuan Ita yang terpaksa menolong Ita buat kerja didapur. Katanya..sepanjang hari asyik dok dapur je..he..he.. ya lah.. keadaan Ita yang tak berapa sihat untuk bergerak bebas menyebabkan Ita perlukan bantuannya.

Resepi yang ingin Ita kongsikan hari ini adalah resepi petang kemarin yang Ita sediakan untuk minum petang kami. Ita pun tahu..hubby kalau balik je kerja..mesti dia akan terus ke dapur tengok apa yang Ita akan sediakan untuk nya. Jadi.., kalau tak buat.., kesian yang teramat lah kat dia. Dia balik dengan penuh harapan nak makan..alih2 kita tak sediakan apa-apa untuknya..

Untuk sediakan hidangan petang yang seberapa ni.. Ita tak perlu mengambil masa yang panjang. Just campak-campak gitu je.. nak tahu apa dia.. BUBUR PULUT HITAM.. ya Ita rasa sesuailah untuk hidangan petang.. lagi pun hubby bukannya berkira sangat pasal makan.. bagi apa-apa pun tidak menjadi masalah padanya..


BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut hitam - cuci dan rendam 30 minit
2 liter air
3 cawan santan pekat
400 gm gula 
2 keping gula melaka
secubit garam
2 helai daun pandan






Cara-caranya :

Masukkan pulut hitam dan air kedalam periuk.

Kemudian masukkan gula dan gula melaka.

Biarkan gula melaka mencair, masukkan gula pasir.

Bila mendidih masukkan santan dan daun pandan.

Masukkan secubit garam.

Sesuaikan rasa.

Bila dah mendidih , tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.




Kan mudah je.. siap untuk dipersembahkan kepada sang suami tercinta. So.., jangan nak kedekut keringat ya.. banyak masakan yang tak memerlukan kita berpenat-penat untuk menyiapkannya. Tunggu kita rajin atau tidak je.. okey..daa... jangan malas-malas .. didapur..







SELAMAT MENCUBA