Saturday, 6 September 2014

CHESSE CAKE



Assalamualaikum..

Apa  khabar semua..rindu betul dengan blog kesayangan Ita ni..dah 3 hari tak update..masyaallah sibuk betul Che Ta. Berulang alik ke hospital.. emm..rindu tahap gabang..

Teman-teman pulak sibuk bertanya.. masak apa hari ini. Masak memang masak tp tak sempat nak berblog. Rasa macam satu hari tu bkn 24 jam je.. ada ke cam tu..he..he..
Dalam sibuk2 berulang alik ke hospital sempat lagi baca novel...he..he..

Nak tahu apa novel terkini yang Ita baca?? Ha..ha.. novel ni memang dah lama beli.., keadaan masa yang sibuk menyebabkan Ita tak sempat nak membacanya..hmm... time2 cuti sakit macam ni baru lah berkesempatan..  Tajuk novelnya MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA.. hasil karya Achik Lana. Huhh.!! Tengok je TV main cerita tu..baru je..tringat ..eh..aku dah beli novel ni.. belum habis cerita tu..baik aku baca dulu...

Hmm...kalau dah baca tu..mana boleh stop kan..berhantu...  .wa cakap lu..


Dok ralit2..baca novel sedap2.. anak Ita punya lah kacau daun.. nak makan kek katanya..ha..ha.. lama umi tak buat kek..padahal baru 2 lepas dah buat ke..ha..ha.. dah habis dlm peti ais cakap lama tak buat kek ya..

Fikir punya fikir.., check2 barang kat dapur.. cheese ada..kat peti ais, whipping cream pun ada..apalagi..tgk azlita punya site..terasa nak cuba resepi ni pulak..

Jom kita tgk bahan-bahannya.. Tapi ada yang Ita ubah resepinya ikut selera Ita dan bahan yang ada di rumah Ita lah..

FRUITI CHESSE CAKE

Bahan Kek Span :

5 biji telur
130 gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu kecil ovellate
100 gm tepung
20 gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
40 ml air
70 gm mentega-dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170C.
Campurkan semua bahan kecuali mentega
Putar hingga kembang dan gebu.
Anggaran 10 minit gitu..
masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula
Tuang ke dalam loyang ukuran 8" yang siap disapukan mentega dan alas dengan kertas minyak sekali
Pastu bakar lah lebih kurang 35 minit.. tapi oven Ita dalam 45 minit gitu..

Bila masak, sejukkan.
Bila betul2 sejuk potong untuk lapisan.
Guna 1 lapisan aje yang 2 lagi boleh simpan utk buat lain kali atau buat ape2 lah. Boleh jugak dibuat puding kek ke..

Pastu kita sedia cheese yang atas dia pulak.

LAPISAN CHEESE
 
120 ml susu segar
2 biji kuning telur
350 gm cream cheese 
80 gm gula halus
1 sudu besar serbuk gelatin
400 whipped cream
 4 warna yang digemari

Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula halus dan serbuk gelatin.
Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
Kacau hingga cair  sepenuhnya.
Biarkan sejuk.

Dalam bekas lain putar whipped cream hingga kemng dan bertanduk.
Masukkan kedalam adunan cheese tadi dan kacau hingga rata.
bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakannya.

Masukkan kek kedalam loyang spring foam berukuran 7". Potong ikut loyang kek ya..
Bila siap letak span kek tu, masukkan adunan cheese satu lapis dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit (resepi asal 15 minit).
Keluarkan letak lagi lapisan lain..dan begitulah hingga habis adunan cheese tadi. 
Simpan semalaman, baru boleh diangkat keluar.


tu dia... ehh..sedap hingga menjilat sudu..makcik..

SELAMAT MENCUBA