Monday, 8 September 2014

CREAM PUFF

Assalamualikum... salam sejahtera untuk semua. Muga hari-hari yang dilalui disertakan dengan rasa yang amat bersyukur kepada Nya. Ya..kesyukuran yang tidak terhingga dengan nikmat Mu ini ya Allah. Nikmat yang tiada tolak bandingnya. Alhamdulillah..

Malam ini nak Ita kongsikan satu resepi yang biasa-biasa je.. Cream Puff..

Cream puff ni kalau dirumah Ita, hubby lah yang suka sekali.. sekejap-sekejap menjenguk ke dapur.. sampai habis baru diam. Sebab tu kalau buat jangan lah buat sikit-sikit..tak merasa lah orang belakang..sedar-sedar tinggal pinggan je.. he..he..

Tapi.. tu lah yang Ita suka. Lagi orang suka makan..lagi lah kita suka buat kan. Tentunya kita gembira bila tengok insan tersayang sukakan hasil air tangan kita.. ya tak.. Tapi sebenarnya cream puff ni.. banyak versi nya. semakin lama semakin kreatif.. ada yang buat colour coklat.. ada yang buat colour pink berperisa strawberry. Tapi kami..memang suka yang original.



jom kita semak bahan-bahannya ya:

500 ml air
300 gm tepung gandum
220 gm mentega
1 sudu kecil garam
6 biji telur - gred A
2 sudu besar gula






Masukkan air, marjerin, gula, garam dan mentega.
Biarkan mentega mencair ya..











kemudian bila mendidih, masukkan gandum dan kacau rata. tutup api ya..









kacau hingga tidak melekat di periuk ya. Pastu biarkan sejuk sekejap.












masukkan telur dan kacau hingga sebati.











Ita guna hand mixer sekejap..biar sebati dah mencukupi.












Masukkan ke dalam piping beg dan picitkan ke atas dulang. Saiz ikut suka ya..




Kemudian boleh lah dibakar selama 15 minit dengan suhu 170C.





Okey dah siap boleh potong tengah untuk letak inti ya..























Mari kita buat intinya pulak ya..

BAHAN-BAHANNYA:


2 tin susu cair
35 gm tepung jagung
2 biji telur
250 gm gula
60 gm tepung custard
sedikit esen vanila



Okey..kacau semua bahan-bahan hingga sebati
masukkan ke dalam puff tadi dan boleh lah dihidang. Adunan ni memang banyak..nak kongsi ngan jiran-jiran pun boleh.

Ya lah..kalau jiran tercium baunya.. memang kena sedekahlah kat jiran tu ya... baru dapat pahala lebih...



Okey..bye...selamat mencuba