DAGING GULAI KAMPUNG

ASSALAMUALIKUM...

Salam sejahtera buat semua ..diharap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat. Bagi yang bekerja hari ini ..., bekerjalah rajin-rajin ya. Kerana kerja itu adalah tuntutan untuk kesejahteraan keluarga mu. Kerjalah dengan jujur dan amanah kerana ia akan memberi kesan kepada hasil yang kita dapat nanti. Kerjalah dengan ikhlas supaya pulangan yang kita perolehi nanti adalah rezeki yang berkat dan suci. Menjadi darah daging ahli keluarga kita dan diri kita. Insyallah.., mudah-mudahan Tuhan permudahkan urusan kita.

Ita..? Ita masih dirumah.. masih lagi cuti sakit. Sekejap lagi Ita harus ke hospital untuk melakukkan rawatan. Doakan Ita ya.. Ita redha apa yang Tuhan telah kurniakan untuk Ita selama ini. Ita bersyukur dengan nikmat pemberiannya selama ini. Nikmat yang terlalu banyak untuk disyukuri..ya terlalu banyak.. Ita ada keluarga yang baik untuk membawa Ita kepada kebahagiaan. Ada anak-anak yang mendengar kata dan patuh dengan Ita dan suami. Ita ada suami yang penyayang dan amat memahami. Ya.. suami yang sentiasa mahu memenuhi segala keinginan Ita tanpa ada rasa jemu dan benci.. Syukur ya Allah.. 

Terkadang Ita terfikir juga.., tak pernah jemu kah dia melayani karenah aku yang macam-macam.. Takut pun ada bila mana terfikirkan satu masa aku tetap akan kehilangannya. Ya.. kehilangan ada pelbagai cara.. Tuhan cuma memberi pinjam sahaja kepada ku. Untuk berapa lama? ya..berapa lama Tuhan akan pinjamkan kepada ku. Tak mampu Ita nak fikir lagi.. saat berfikiran begitu.. air mata pastinya akan menitis..tak sanggup ya Allah.. tak sanggup untuk melaluinya.

Ya.. itulah  antara sebabnya.., Ita seboleh-bolehnya mahu juga mengembirakan hati nya sentiasa. Ita tak mahu dia susah hati. Mahu memenuhi selera nya. Hubby Ita, suka aje makan apa-apa yang Ita masak.., jadi seboleh-bolehnnya.. Ita akan cuba buat yang terbaik untuknya. Satu lagi sifatnya yang boleh Ita puji.. kalau ada resepi baru yang Ita buat tak menjadi.. dia pasti marah kalau Ita buang, malah dia akan tetap makan walaupun hidangan tu..tak menjadi. Hubby Ita tak suka membazir.. oloh.. terharu betul.. malah dia akan berkata " takpo lah..smula2..buat pulok..lamo2..jadi la.., tokkan buat skali jadi slalu". Itu lah kata-kata semangat yang selalu Ita dengar dari nya.

Okey...kita tengok masakkan Ita kemarin ya. DAGING GULAI KAMPUNG. Sebenarnya jarang Ita masak, masakkan ini..sebab anak Ita, si Adam tu..lebih sukakan kari. Jadi kiranya ini.. adalah selera orang tua lah.. meh! kita semak resepinya.



Bahan-bahannya:

250 gm daging
1 senduk cili kisar @ 12-15 keping cili kering
1 cawan santan
1 liter air
2 biji ubi kentang - kupas dan belah 4
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntuk bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1/3 sudu kecil jintan manis
1/3 sudu kecil jintan putih
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
garam secukupnya



Cara-caranya :

  1. Ambil 300 ml air dari 1 liter tadi, kisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan bersama daging dan kentang.
  3. Masak hingga daging dan kentang empuk.
  4. Masukkan cili kering yang dikisar.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Masukkan semua rempah-rempah tadi.
  7. Bila masak daging, Masukkan santan. Kacau perlahan-lahan tanpa henti untuk mengelakkan santan berketul.
  8. Masukkan kiub pati ayam dan asam keping.
  9. Biar hingga kuahnya pekat.
  10. Sesuaikan rasa ya.. kalau nak pedas boleh tambah cili giling.
  11. Jika suka boleh masukkan 1 sudu kerisik untuk memekatkan kuahnya.


Okey..teman-teman semua boleh lah mencuba resepi ini bila ketiadaan rempah kari dirumah. Jangan jadikan alasan tiada rempah kari kalau suami nak makan kari ya. Boleh diubah menu tu dari masakan kari kepada gulai kampung. Untuk pengetahuan semua..kalau masak tulang lembu lagi best dengan kaedah gulai kampung ini. Air tulang lembu itu..yang menyebabkan gulai kampung menjadi lebih sedap. Emm.. hari ini Ita tak masak kot.. sebab jiran Ita ada kenduri dirumahnya. So.., boleh lah rehat untuk tengahari ni.. Lepas balik hospital boleh terus ke tempat kenduri. Okey bye..selamat mencuba..

 

Comments

Popular Posts