DONUT..OH!.. DONUT...


Assalamualikum,

Salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah akhirnya dapat juga Ita berblog kali ini setelah beberapa hari line kat rumah mogok. FB boleh buka tapi nak buka blog atau lain-lain.. line jadi terlampau slow sangat. Geram.. sedih.. frust.. semua nya bercampur aduk. Tapi nak marah kat siapa.. nak geram kat siapa.. maka tersimpanlah dalam diri..semua rasa-rasa itu. Namun ada lagi aktiviti lain yang boleh dibuat nak me release kan rasa-rasa itu. Baca novel ke.. semak resepi terbaru ke.. 

2 hari lepas Ita meninggalkan dapur kesayangan Ita. Hubby cuba menyenangkan Ita dengan membawa Ita ke tempat yang boleh menyejukkan rasa setelah dia merasakan Ita agak stress dengan situasi kesihatan diri Ita yang tidak berapa baik. Apa pun terima kasihlah banyak-banyak. Ita suka dengan usaha dia itu. Tapi tak terluah.. jugak. Itu lah Ita.., banyak perkara yang suka disimpan dalam hati.. suka ke.. sedih ke.. lebih suka simpan sendiri dari meluahkan supaya orang lebih tahu. Rasa nak luah tapi kadang-kadang terfikir tak penting.. simpan saja lah..

Apapun.. pagi ini nak Ita kongsikan resepi donut kegemaran anak-anak dengan anda semua. Donut ni..Ita buat pagi khamis sebelum hubby membawa Ita keluar dari rumah untuk mengambil angin dan pulang pada hari Jumaat malam. Sebenarnya Ita cuba updatekan pada hari yang sama tapi kerana masalah line internet yang tak berapa sihat seperti tuannya maka tak dapat ia bersiaran pada masa yang sepatutnya. he..he..


Okey jom kita semak bahan-bahannya, tapi..Ita rasa bahan-bahan nya memang dah ada kat dapur teman-teman semua.. kerana ia bahan-bahan biasa jer.. Meh kita tengok..

Bahan-bahannya :

1 peket Yis- 11 gm(Ita guna yis mauripan)
200 ml air suam
2 sudu susu pekat
1 sudu shortening
50 gm mentega
secubit garam
1 biji telur
500 gandum berprotein tinggi
gula halus untuk tabur ka atas donut
minyak untuk mengoreng secukupnya


Cara-caranya:

  1. Dalam mangkuk, masukkan air suam, yis, susu pekat, mentega, shortening.
  2. Kacau dan biarkan selama 10 minit hingga yis berbuih.
  3. Masukkan gandum separuh dan garam. 
  4. Kacau dengan sudu.
  5. Telur dipukul.
  6. Masukkan separuh telur, kacau lagi.
  7. Masukkan lebihan gandum dan telur dan kacau lagi.
  8. Uli dengan tangan hingga tiada adunan yang melekat pada mangkuk.
  9. Ambil acuan donut dan terap.
  10. Panaskan minyak.
  11. Goreng dengan api yang sederhana.
  12. Bila warna keperangan, angkat dan taburkan dengan gula halus.


  Okey.. senang dan cepatkan. Sebab tu.. Ita tak pernah merasakan memasak adalah satu masalah besar untuk Ita. Sebab Ita memasak tak mengambil masa yang lama kerana Ita lebih sukakan menu yang ringkas kerana Ita tak menpunyai banyak masa di dapur. Tugas harian yang panjang telah membataskan Ita untuk berada didapur dengan lebih lama, namun dapur tetap menjadi sebahagian tempat yang Ita singgah setiap hari. Namun, walaupun sekejap.. Ita tetap rindukan dapur Ita kalau sehari Ita tinggalnya. Itu lah kalau dah menjadi rutin.. bila kita  tinggal sehari terasa ada jer  yang tak kena atau tak lengkap diari hidup kita untuk hari itu. Namun kita tetap kena fikir yang suatu hari nanti kita akan tetap tinggalkannya bila Tuhan menjemput kita ke tempat yang kekal dan abadi. Itu adalah ketentuannya..

Assalamualaikum..hingga jumpa lagi..

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts