IKAN MASAK KICAP

ASSALAMUALAIKUM,  Apa khabar semua. Harap semuanya sihat ya. Tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni..selera makan Ita menjadi-jadi. Seakan-akan sendat sangat perut ni sentiasa. Mungkin kah kesan ubat dan seharian berada di rumah menjadikan selera Ita menjadi-jadi. takut pun ada.. ya lah.. pelik semacam je.. mahu tak takut. Seakan-akan selera makan seperti buang tabiat. Tapi bukan setakat Ita saja tau..! hubby pun macam tu.. balik je kerja, terus nak makan dan kami makan dengan rakusnya..ha..ha..

Pelik tapi benar.., mungkin sebelum ni makanan yang dihidangkan tak kena dengan selera kut. Makan sekadar ikut time waktu makan je. Tapi apa pun alhamdulillah..bersyukur dengan nikmat Allah yang satu ini yang mana memberi kenikmatan dalam menerima rezeki mu.. merasa puas dengan nikmatnya, merasa kenyang dengan rezeki nya. Alhamdulillah..

Ita tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu.., mak selalu masak ikan masak kicap. Mak Ita kerja, so..masak pun yang simple2 aje lah. Tapi tetap rasa sedap, sebab waktu balik sekolah adalah waktu yang kita rasa penat dan lapar sangat. Tringat zaman tu..lalu Ita teringat nak buat Ikan Masak Kicap. Sedap jugak ya. Lalu Ita pun jengok2 kat peti ais, tengok ada ikan kembong..ada 2 ekor.. ah..memang dah cukup ni.. lalu jadi lah ikan kembong masak kicap.

IKAN MASAK KICAP




Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji tomato - dibelah 4
1/4 cawan kicap - ikut suka (kalau nk lebih kuah kicap letak lebih sikit ya)
sedikit air jika suka
garam
gula
minyak untuk menggoreng ikan.



Cara-caranya :


  1. ikan disapu garam dan goreng sampai masak.
  2. angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih, bawang merah.
  4. Masukkan kicap dan sedikit air.
  5. kemudian masukkan bawang besar, tomato dan cili dan gula.
  6. masukkan ikan yang telah digoreng tadi ataupun curahkan keatas ikan.
  7. siap untuk dihidang.
 Ita gandingkan ikan masak kicap ini bersama sayur lemak campur. memang mengancam lah.

Okey bye.

selamat mencuba

Comments

Popular Posts