Monday, 15 September 2014

JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS

ASSALAMUALIKUM...

Salam sejahtera untuk semua.. hari ini Ita nak share satu resepi mudah untuk semua.. semudah ABC gitu..he..he.. resepinya adalah jemput jemput ikan bilis. Ada setengah orang panggil cucur bilis ya.. rasanya la. Tapi dikelantan ni..kalau sebut cucur tak glamour sangat.. tapi kalau sebut jemput-jemput memang glamour lah..he..he..

Jemput Jemput Ita ini, resepi nya rekaan Ita sendiri mengikut citarasa anak-anak dan suami Ita. Kalau anak-anak kata nak ikan bilis lebih...kita lebihkan. Ita gandingkan dengan mee goreng basah. Nampaknya..memang laris..he..he..jemput-jemput pun habis..mee goreng pun habis. Emm.. rumah Ita ni masak apa pun habis. Dari yang tua hingga yang muda semuanya kuat makan,. Kalau takde chef ni..hmm..nampaknya kebulur lah gamaknya..he..he..

Tapi chef ni..perlukan bantuan ahli dalam rumah jugak untuk menyempurnakan hidangan. Selalu nya kalau hari cuti macam ni..semua akan turun ke dapur, masing-masing ada peranan lah. Sebab tu.. walaupun hari cuti makanan dah terhidang seawal jam 7.00 pagi. Bolehlah sembang lama-lama sikit kat meja makan. Ataupun bolehlah dihidang dihalaman rumah sambil2 menghirup udara pagi..




Okey jom kita semak resepi nya ya..


BAHAN-BAHAN:

2 1/2 cawan gandum
2 1/3 cawan air
1 cawan ikan bilis
1 camca teh garam
1 ikat daun kucai
1 pokok daun sup
1 camca teh yis kering
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji lada merah - dicincang
minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara caranya:

 Gaulkan semua bahan-bahan dan biar sekejap, dalam 15 minit gitu.
Panaskan minyak.
Sendukkan dengan sudu dan goreng hingga masak.
Okey siap..



Okey dah siap pun.. sebab tu..Ita katakan ianya sangat mudah. So, jangan bagi alasan ya..untuk tidak memasak. Sehingga jumpa lagi ya..bye..


SELAMAT MENCUBA