Sunday, 28 September 2014

JEMPUT-JEMPUT PISANG

JEMPUT-JEMPUT PISANG YANG RINGKAS DAN ENAK..


Assalamualikum..

Harap semuanya dalam keadaan baik dan mengembirakan. Ita suka membaca.. dan Ita pernah terbaca satu artikel.. yang mengatakan kita boleh ikat suami dengan masakan kita. Sejauh mana kebenarannya.., tak lah Ita pasti. Yang Ita tahu.. suami Ita tak macam tu kut.. bagilah apa-apa masakan pun dia hentam semuanya. Takde makanan yang dia tak suka seperti sesetengah orang. Malah anak Ita sendiri.. masyaallah.. macam-macam pek el nyo.. sorang tak suka sayur.. sorang tak makan daging.. haa.. yang sorang lagi ikut abahnya.. hadap semua apa yang ada.


Tapi sekali fikir macam betul jugak kan.. kalau suami dah terbiasa makan kat rumah mesti dia akan terasa kelainannya bila makan kat luar. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan artikel yang pernah Ita baca tu.. Apapun terpulanglah.. ada sesetengah orang tu.. merasakan memasak ni.. suatu yang memenatkan.. Mungkin Ita masak ni sebab memang Ita dah suka masak.., so tak jadi masalah pada Ita. Seorang teman ada menyatakan pada Ita yang dia tak pernah memasak kalau hari kerja. Anak-anak dan suaminya akan makan masakan dia pada hujung minggu jer.. tu pun nasi goreng je.. dia kata suaminya amat memahami kepenatan dia bekerja seharian dan hujung minggu pulak masanya untuk berehat.

Tapi tak bagi Ita, Ita tak terasa terbuli dek suami pun bila memasak untuk keluarga. Ita dah biasa. Dulu masa kecik2 dulu.. balik sekolah kena masak jugak kalau nak makan. Sebab mak kita kerja. petang baru balik rumah.. ayah kita pulak lelaki sejati..memang tak masuk dapur langsung.. he..he.. Kebiasaan itulah yang menyebabkan Ita tak rasa susah pun bila berada didapur. Kalau kita tak punya banyak masa, kita masak yang ringkas2 jer..

OOps!! berbalik kita kepada menu hari ini. Ita tak ada menu menarik hari ini. Just nak share menu ringkas untuk breakfast aje.. Jemput-Jemput Pisang @ Cucur pisang @ Cekodok.. lagi apa ya.. orang panggil.. Nama-nama itu je yang biasa Ita dengar..

Meh..kita tengok resepinya.


Bahan-bahannya:

4 biji pisang - Ita guna pisang berangan(kalau di Klantan, org panggil Jelai berangan)
5 sudu gula
1 cawan air
1 cawan gandum
Minyak secukup untuk menggoreng.


Caranya:

  1. Pisang dikisar bersama sedikit air.
  2. Dalam mangkuk, campurkan gandum dan pisang tadi.
  3. Kacau dan tambah air dan gula.
  4. Kalau pekat sangat, boleh tambah air lagi.
  5. Begitu jugak dengan gula, kalau nak manis lagi tambah ikut selera ya.
  6. Panaskan minyak.
  7. Sendukkan dengan menggunakan sudu kedalam minyak panas.
  8. Goreng hingga masak atau hingga warnanya perang gelap.
  9. Angkat. Toskan. Sedia untuk dihidang.
Itu lah menu ringkas Ita untuk kali ini. Sebenarnya cucur ni.. banyak versinya. Ada cucur bilis, ada cucur bawang, ada cucur labu macam-macam lagi. Sebab tu sebenarnya memang menarik kalau kita punyai banyak masa didapur.. macam-macam masakan kita boleh hasilkan mengikut citarasa kita.

Okey sampai disini dulu..hingga jumpa lagi. Assalamualikum..