KARI HIJAU DAN NASI KUNYIT

ASSALAMUALAIKUM,

Salam sejahtera buat teman-teman, saudara mara dan adik-adik semua. Ku kira hari ini adalah yang sangat membosankan..setelah sekian lama ku tinggalkan rutin harian ku dan terpaksa ku pilih jalan ini kiranya ia memberi lebih ruang buatku untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. aahh...jiwang la pulak..

Ya..kenapa Ita berfikir sedemikian.. ya Ita mula merindui rutin harian Ita sebagai pekerja. Ita mulai rasa jemu tinggal dirumah..ya ke ni..ha..ha.. kadang-kadang rasa macam tu. Apapun berbalik kita kepada tugas hakiki kita sebagai ibu, isteri dan hambaNya.., haruslah kita jalani kehidupan yang diaturkanNya.

Nak lah Ita kongsikan satu resepi yang menjadi bualan hangat kami sekeluarga kerana resepi ini adalah resepi yang baru bagi keluarga kami. Al kisahnya bermula bila Ita menjenguk blog Azlita yang menyediakan nasi kunyit. Tapi yang sempoinya Ita tak lah letak ikut sukatan Azlita..main campak je lah. Jadi yang mana nak mencuba tu boleh lah jenguk dapur Azlita kalau malas tu..tengok aje yang Ita buat ni..

Ita padankan dengan Green Curry and Sambal Petai Ikan bilis. He..he.. modify..lagi..mak....,, aku memang suka2 je nak modify org punya ye..ikut selera tekak sendiri. Bukan apa..Ita tak suka sangat Kari Hijau...tapi habis satu rumah ni..yang suka kari hijau.. jadi nak memenuhi selera tekak Ita, Ita buatlah Sambal ikan bilis petai.

Jom kita tengok resepinya..

NASI KUNYIT



Tengok tu..rupannya  kecur liur ya.. nk makan cepat2 ni..

bahan-bahannya : 

4 cawan beras  - dibersih dan toskan
6 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
1  sudu besar serbuk kunyit (nk buat jus kunyit pun boleh gak) 
1 sudu kecil garam
1 inci halia
1 batang serai yg besar ye..- diketuk2


Caranya:

Masukkan semua bahan diatas ke dalam periuk elektrik.
Masak hingga masak.
Senang je kan.


Jom kita tengok kari hijau pulak..



KARI HIJAU

Bahannya:

1/2 ekor ayam - dicuci dan dipotong
3 sudu besar pes kari hijau (ada jual kat pasar)
4 biji bawang merah - dihiris
4 biji bawang putih - dihiris
2 biji kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
1/2 cawan santan pekat
700 ml air kosong
2 helai daun kari
1 kiub pati ayam
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.


Cara-caranya :

Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
Bila naik bau masukkan bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis dan daun kari.
kacau lagi.
Masukkan pes kari hijau. kacau.
Masukkan ayam dan kentang. Kacau sebati.perlahankan api.
Tutup periuk. Tunggu hingga ayam empuk.
Bila ayam sudah empuk masukkan air.
Bila mendidih, masukkan santan.
Masukkan gara, gula, kiub pati ayam.
Sesuaikan rasa.


Okey selamat mencuba ya .. kalau ada rasa yang tak kena tu..
modify lah sendiri ikut citarasa masing-masing. 
Ita selalu macam tu..lebih suka adjust
 sendiri ikut citarasa. Semuga kita jumpa lagi insyallah..


SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts