KEK BUAH KUKUS

KEK BUAH KUKUS YANG HEBAT PERNAH AKU RASA..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. hari ni..Ita rasa lebih sihat sedikit dari semalam.. aa..kalau dah segar sikit..otak mula  nak buat macam-macam. Tak boleh duduk diam..ada jer yang di fikirkan nak buat. Pastu macam mana nak sihat betul-betul.. nak sihat jer.. nak buat kerja..nak sihat jer..nak buat kerja...ha..ha... jangan la macam tu.. nak mati kutu dah Ita ni..berbulan-bulan terperap kat rumah.. Cepat-cepatlah sihat dan cergas.. nak masuk kerja.. tak sabar-sabar dah ni nak kerja.. rindu dengan meja,pen, kertas dan customers....

Takleh nak fikir kalau-kalau selama-lamanya hidup mati ku di rumah... jem kepala otak rasanya.. Tapi bila fikir balik.., kita tak tahu apa yang terjadi kepada kita dikemudian hari. Kita boleh lah cakap tak nak macam tu..tak nak macam ni.. tapi kalau yang kita tak nak.. selalu nya itu yang kita hadapi.. masyaallah..tak mahu fikir Ita. Doa Ita semuga Allah sentiasa bersama kita. Dalam dua hari menyepikan diri ni.. bukan Ita tak nak update blog tapi line internet tak berapa sihat.. buka FB boleh tapi bila buka blog aje..dia jadi hang..beku.. geram juga rasanya.


Tapi hari ini alhamdulillah..setelah percobaan beberapa kali... akhirnya dapat. Huhh!! berpeluh-peluh.. Hari ni..Ita just nak kongsikan kek kukus yang sedap.., yang pernah Ita jumpa. Resepi ini Ita ambik dari Azlita setelah Ita menjenguk-jenguk blog dia. Ternyata memang berbaloi baloi walaupun dikukus selama 4 jam!! mak oooii!! Lama giler.. nak tidur dulu pun boleh.. bangun2..jer..kek dah masak. Memang lama tempoh nak mengukusnya. Tapi rasanya.. memang sedap. Encik suami yang kurang gemarkan kek pun boleh tersuka kan kek ni..he..he..



Resepi ini Ita ubah sedikit ikut suka hati Ita ye..  Okey jom kita semak resepinya.

Bahan-bahannya:

Bahan A:

300 gm gula halus
250 gm butter - Ita guna buttercup (resepi asal guna unsalted butter setengah and salted butter setengah)
500 buah kismis (resepi asal mix fruits)
50 ml air panas


Bahan B:

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil serbuk kayu manis (resepi asal serbuk buah pala)

Bahan-Bahan C:

1 sudu teh esen Vanila
3 biji telur gred A


Cara-caranya:


  1. Panaskan kukusan dahulu supaya bila kita kukus nanti wap sudah panas.
  2. Sediakan acuan kek yang di alas dengan kertas minyak.
  3. Cairkan gula di dalam periuk hingga warna keperangan seperti kita buat karamel gitu.
  4. Bila gula cair dan perang masukkan air. Perlahan-lahan ya.. Kacau rata.
  5. Masukkan mentega. Kacau rata hingga mentega cair.
  6. Kemudian masukkan buah kismis dan kacau rata.
  7. Biar hingga ada letupan kecil gitu.
  8. Angkat dan biarkan ia suam.
  9. Ayak tepung, baking soda, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis.
  10. Masukkan ke dalam adunan kismis tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata-rata ya.
  11. Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  12. Telur di pukul hingga kembang.
  13. Tuang dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  14. Masukkan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak terkena pada kek.
  15. Kukus selama 4 jam dengan api yang sederhana ya.
  16. Boleh kunci jam takut terlupa atau tertidur ya.
  17. Kalau 4 jam belum masak boleh tambah masa tapi Ita 4 jam sudah memadai..
  18. Bila sejuk baru lah dipotong supaya ia cantik.
Okey teman-teman boleh lah cuba ya. Kek ni kalau 2-3 hari lagi sedap. Pastikan buat awal lah kalau ada tetamu nak datang ya.

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts