KERUTUK DAGING


KERUTUK ITA.., JANGAN NAK MENGUTUK YA..


Assalamualaikum,

Salam sayang buat semua teman-teman Ita. Terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan. Ita sayang teman-teman semua. Hari ini Ita nak bercerita melalui tingkap dapur maya buat teman-teman semua mengenai kerutuk. Tak banyak cerita dan pengalaman tentang kerutuk ni sebenarnya kerana mak Ita tak pernah masak kerutuk. Kalau dapat makan pun masa pergi rumah nenek ataupun hari kenduri dikampung Ita. Tempat lain Ita tak tahu pulak dekat majlis kenduri ada tak kerutuk daging ni. Pengalaman hidup selama 11 tahun lebih di Kemaman, Terengganu pun Ita tak jumpa ada kerutuk kat majlis kahwin. Seingat Ita, kalau majlis kahwin cuma ada nasi minyak, gulai daging, ayam yang dipotong kecil-kecil digoreng rempah dan acar jer.. itu jer.. tapi Ita stay kat kawasan bandar.. tak tahu lah pulak kalau kawasan kampung nya lain pulak masakannya.

Bila beralih ke Kota Bharu, 12 tahun lepas terasa macam.. macam kat syurga pulak..ha..ha.. kenapa Ita kata macam tu.. sebab makanan terlampau banyak.. tak kira kuih muih ke..., lauk pauk ke.. tak terpilih.. Macam tu jugak tempat kenduri.. macam-macam yang dihidangkan. Tambah-tambah pulak, kalau kenduri tu tidak menempah makanan dengan katering dan semua nya dimasak sendiri.. Fulamak.. memang banyak giler jenis makanan nya. Kalau tempat kenduri tu.. mesti ada  sira labu, kerabu sare.. ha..ha.. mesti ada yang tak kenal ni kerabu sare.. pastu ada acar umbut kelapa.. masyallah..sedapnya..

Tak mahu celoteh panjang-panjang nanti hangit pulak kerutuk dalam kuali ya..

Kali ini nak Ita kongsi resepi Kerutuk Ita ni. Macam biasa resepi Ita tentu ringkas dan mesra. Nak lah Ita kongsikan, rempah-rempah kerutuk yang Ita guna semuanya dari pasar siti khatijah dekat Kota Bharu. Ada satu kedai mamak tu.. bila Ita beli rempahnya, Ita mesti pesan campurannya Ita nak yang macam Restoran Malik Curry House. Emm.. pastu dia akan campurkan rempah2 tu sebijik macam Kedai Malik tu.. Ini disebabkan Si Adam tu suka sangat dengan curry dia.


Bahan-bahannya:

6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 cawan santan pekat
300 gm daging - potong ikut saiz sendiri ya..
3 sudu besar rempah kerutuk
1 batang serai
1 inci halia
10 biji lada kering- potong & rendam air panas
1 biji buah keras
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pala
2 kuntum bunga lawang
Sedikit minyak untuk menumis
1/2 kiub ayam.
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

Caranya:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia,lada kering dan buah keras.
  2. Panaskan minyak.
  3. Masukkan bahan kisar, tunggu hingga bahan kisar tu masak sedikit atau pecah minyak.
  4. Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Masukkan daging. Tutup periuk biar daging masak. Perlahankan api.
  6. Bila daging masak masukkan santan, gula, garam dan kiub ayam.
  7. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
Okey selamat mencuba ya. Kerutuk ini Ita hidangkan bersama nasi kunyit, paru-paru berlada dan salad kobis atau acar kobis. Ita amat mengemari acar kobis. Enak sangat kalau makan sayur mentah tanpa dimasak. kadang-kadang Ita buat acar karot dan timun. Pun..best jugak. Kiranya dalam satu hari kalau tak makan sayur atau ulam.. tu rasa macam tak makan je hari tu.. Seorang kawan pernah menegur cara Ita makan tengahari semasa waktu rehat pejabat. Dia tengok Ita makan..pastu dia kata macam kambing.. ulam satu pinggan penuh awak boleh habis.. ha..ha.. itu lah Ita. Ulam memang kegemaranku...

Bye..assalamualaikum..


Comments