MAKAN ANGIN... AMBIL ANGIN....HMM...

Assalamualikum..


Setelah Ita selesai rawatan di Hospital Perdana Kota Bharu.. Ita pulang ke rumah. Letih memikirkan penyakit yang lama hinggap pada diri Ita. Lama betul penderitaan yang Ita tanggung dan terkadang rasa seperti sudah berputus asa memikir kaedah dan cara yang telah dilakukan. Namun, masih tidak dapat memulihkannya seperti insan normal yang lain. Sekali fikir Ita tak mahu memikirkan.. biarlah nak jadi macam mana pun.. tak larat dah nak cari cara untuk memulihkannya kembali. Tapi itu cara cakap orang yang telah berputus asa. Ita seharusnya tidak berfikir begitu. Ita ada banyak tanggung jawab lagi dan Ita harus kuat untuk melunaskan tanggungjawab itu.


Keadaan itu menyebabkan kita lupa yang kita diperhatikan oleh insan lain selain dari Allah. Sebab kita leka., tanpa sedar bila kita asyik sangat berfikir menyebabkan kita kurang bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Dan semestinya orang terdekat dengan kita akan terasa perubahan pada diri kita itu. Ya.. suami ku..he..he.. Ita tahu dia amat simpati dengan Ita.

Mungkin ini adalah cara dia untuk menyenangkan Ita. Ya hubby mengajak Ita pergi ke suatu tempat yang tidak jauh sangat dari rumah Ita untuk beralih angin. Walaupun dia tahu Ita bukan boleh berjalan jauh dengan keadaan sekarang. Tapi dia berusaha untuk menyenangkan Ita. Ya.. kami ke Cameron Highland. Pergi dengan cara  mengejut macam ni di kala orang lain sibuk nak pergi mengundi di Pengkalan Kubur.. he..he... ikut je lah..

Sesampai di sana kami tinggal di sini .. dekat Bringcham. Kakak dan adik2nya terus bergambar di depan hotel.. tapi gambar ni hari kedua. Si ayah nak hiburkan hati ibunya..tapi budak2 yang terlebih happy nampak.. sebab maknya sedih tak boleh nak bergerak banyak.. frust lagi maknya.. Dahlah maknya suka mengambil gambar.. tapi pergerakan terbatas..frust betul. Nanti umi sihat kita datang lagi.. pujuk si kakak..


Hari pertama..kami tak dapat pergi ke banyak tempat kerana hari dah lewat, Ita pulak sibuk nak balik ke hotel kerana nak tengok cerita Maaf Jika Aku tak Sempurna, lakonan Fahrin Ahmad tu.. terpaksalah dia orang akur dengan keinginan Ita yang satu ini. he..he.. Sebelum balik ke hotel tu.. hubby bawa Ita makan nasi kandar dulu dekat Tanah Rata. Hmm.. memang sedap betul nasi kandar dia.. memang betul-betul kaw..lah!!

Lepas je makan.., kami terus pulang ke hotel.. ha..ha.. gara-gara Ita nak tengok cerita yang kul 7 petang tu.. yang tajuknya "Maaf Jika Aku Tak Sempurna.." Walaupun Ita dah baca novel tu.. tapi nak tengok jugak cerita yang kat TV. he..he..

Malam tu..Ita rehat je kat bilik hotel walaupun anak-anak nak sangat keluar jalan-jalan. Tapi suami Ita kesian kan Ita kerana Ita tak boleh nak berjalan lama-lama. Jadi kami ambil keputusan stay je kat bilik. Malang nya., line internet hotel dan broandband yang kami bawa juga tak boleh nak excess internet. Mengamuklah anak bujang Ita..

Hari kedua kami memilih untuk breakfast di Tanah Rata walaupun kami tinggal di Bringcham. Emm..okey jugak makanan kat situ. Selepas itu kami ronda2 dekat ladang teh sekejap, lagi pun stok tek cameron perisa lemon yang sangat kami gemari dah habis. Selalunya kami akan beli banyak-banyak dan bila habis kami akan pergi ke Cameron. He..he..



Tak sampai setengah jam pun kami kat sini..Ita dah lenguh-lenguh.. kami terus ke Smoke House untuk mengambil gambar disana pula. Setiap kali Ita ke Cameron, distinasi wajib kami ialah Ladang Teh, Smoke House dan Strawberry Park. Tapi kali ini Ita tak pergi ke Strawberry Park atas sebab-sebab kesihatan Ita. Kawasan disini berbukit-bukit menyebabkan Ita tak boleh nak berjalan.

Meh kita tengok bunga-bunga ya.. bunga-bunga ni kalau tanam kat kawasan rumah kita.. sah-sah..tak nak hidup. Ya.. lah..kawasan panas.. bukan kawasan sejuk macam kat sini. Dulu .. dulu-dulu lah.. Ita pernah berangan nak buat rumah kat sini,.pastu ada kawasan yang sederhana yang dipenuhi dengan bunga-bunga ros kegemaran yang pelbagai warna. Emm..mesti cantik. Angan-angan aje lah.. kita siapa nak menentukan nasib kita kan. Pernah berangan nak tanam sayur kawasan rumah. Dapat makan sayur-sayur segar hasil tanaman sendiri. Tapi..jujurnya lah.. hingga sekarang pun masih ada rasa nak memiliki rumah dikawasan ini. Ha..ha.. khayalan lagi..

Tak mahu khayal lebih-lebih.. nanti gigit jari.. Tapi tetap bersyukur sebab Kota Bharu ke Cameron taklah jauh sangat. Boleh jer datang selalu. Rehat-rehatkan minda dan beralih angin. Yang paling Ita suka datang sini selain kat Smoke House ni.. Ita suka beli sayur segar. Geram betul tengok sayur-sayur segar dan dapat buat salad dan makan mentah macam tu jer..











Cantikkan..bunga-bunganya.. tapi Ita tak dapat pergi banyak tempat kerana kesihatan Ita. Ada jugak lah rasa sedih tu sebab tak dapat ambik gambar banyak-banyak. Semuanya hubby yang lakukan, Dia tak berapa mahir dengan camera Ita kerana dia taklah suka sangat bergambar. Tu..yang gambar tak berapa baik kerana dia lebih suka guna cara auto berbanding dengan Ita. Ita lebih sukakan manual sebab gambar akan kelihatan lebih cantik dan boleh ikut citarasa kita nak yang macam mana. Tapi tak mengapa lah.. lain kali Ita akan ambil gambar kat sini lagi..

Selepas itu kami ke hotel untuk check out dan singgah sekejap di Lavendar Garden. Kakak nak sangat panjat bukit yang dipenuhi oleh bunga2 lavender,  Ita kat dalam kereta aje.. anak-anak saja yang memanjat bukit yang penuh dengan lavender ini.




Dan bila balik tu.. Ita singgah sekejap untuk membeli sayur-sayur yang ternyata segar dan murah. Tak lupa juga jem2 yang segar..tentunya. Insyaallah bila kesihatan diri lebih sihat.., insyaallah Ita nak datang lagi. Doakan Ita semuga cepat sembuh dan tabah dalam mengharungi setiap ujiannya ya..

Comments

Popular Posts