MASAK LEMAK CILI API DAN KACANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM..

Harap semuanya dalam lindungan Allah. Bagi sesetengah negeri esok adalah hari cuti hujung minggu. Tentu banyak agenda yang ingin dilakukan ya.. semuga apa yang dirancang menjadilah hendaknya ya.. Ita pun demikian juga. Dalam banyak-banyak hari.., tentu hari hujung minggulah yang paling mengembirakan sekali. Apa taknya..semua ahli keluarga dapat berkumpul. Time ni..lah kita nak melepak anak beranak. Saat yang paling mengembirakan.. Walaupun masing2 pun ada agendanya, sekurang-kurangnya banyak masa bersama yang boleh dilalui..seronok..apatah lagi masa yang terluang itu diisi dengan momen-momen manis untuk diingati tentunya dikemudian hari.

Sebab tu.. hargailah insan-insan kesayangan kita ketika kita diberi kesempatan. Jangan nanti menyesal bila tiada didepan mata.

Tak mau panjang2 celoteh malam ni.. Ita nak kongsikan satu resepi..ehh..cok..cok... dua resepi lauk hidangan keluarga kami yang sangat2 simple ni. Kalau makcik2 macam Ita ni.., tentu dah biasa lauk-lauk macam ni. Untuk adik2 yang baru nak belajar tu..bolehlah semak ya..

MASAK LEMAK CILI API TAUHU & SOTONG


Bahannya:

3 tangkai daun kucai - potong panjang2
2 keping tauhu - dipotong-potong 
2 batang serai - dititik
400 gm sotong - bersih dan dipotong
1 cawan santan pekat
1 liter air
7 biji cili padi
1 inci  kunyit
5 biji bawang merah
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:

Kisar cili padi, kunyit dan bawang bersama air.
Masukkan kedalam periuk.
Biar mendidih, masukkan garam dan asam keping serta gula.
Masukkan santan.
Masukkan serai dan sotong.
Biar mendidih masukkan tauhu dan daun kucai.
Kacau perlahan-lahan.
Bila masak, sesuaikan rasa dan angkat.






Okey kita tengok pula resepi kacang panjang goreng ya. Kacang panjang ni Ita ketakkan juga sotong yang ada lebihan untuk masak lemak tadi. Sengaja Ita letakkan kerana tak mahu simpan kat peti ais lama-lama.

KACANG PANJANG GORENG SOTONG






































Bahan-bahannya:

1 ikat kacang panjang
1 biji bawang besar - potong bulat2
4 biji bawang merah - dihiris
4 biji bawang putih _ dihiris
4 ekor sotong yang sederhana besar- dibersih dan dipotong
1 biji tomato dibelah 4
1/2 kiub pati ayam
garam & gula secukupnya
1 biji cili merah-di hiris
sedikit minyak untuk menumis




Cara-caranya:

Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sotong. kacau biar separuh sotong tu..
Pastu masukkan kacang panjang, garam dan gula
Masukkan bawang besar dan cili merah.
 Taburkan serbuk kiub pati ayam.
Okey siap..

Comments

Popular Posts