MEE HOON GORENG

ASSALAMUALAIKUM..,


Apa khabar semua.. harap semuanya dalam lindungan Allah. Ita tak berapa sihat hari ini. Badan terasa lenguh-lenguh selepas buat rawatan fisio semalam. sakit seluruh urat saraf menyebabkan ketidak selesaan yang berpanjangan. Namun Ita akur kerana Ita telah dimakluman kan akan kesannya. Rancangan untuk berjumpa pakar di Hospital Prince Court KL terpaksa ditangguhkan kerana kondisi diri yang tak sihat menyebabkan Ita tak boleh nak mengharungi perjalanan yang jauh. Jarak Kota Bharu ke KL mengambil masa yang panjang dan Ita tak boleh nak duduk lama-lama dalam kereta. Jadi kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu temujanji hari ini.

Tapi..breakfast tetap kena hidang tau....! Takpe..anak-anak cuti sekolah..mereka dapat menbantu Ita didapur. Ita duduk je kat meja makan pastu arahkan dio orang nak buat apa..he..he.. Kadang-kadang tu terfikir juga.. ini pelajaran tak normal yang anak-anak dapat. Bila disuruh-suruh selalu ..insyallah ia akan pandai dengan sendri lah nanti.

Pagi ini Ita cuma buat mee Hoon Goreng dan Tat Telur untuk Adam. jom kita  semak resepinya.


MEE HOON GORENG

1 paket mee hoon
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
1 kiub pati ayam
1/2 camca teh garam
3 keping kobis - dipotong
1 biji lobak merah-disagak
2 tangkai daun kucai
sedikit minyak untuk menumis
250gm ayam- dicincang dan rebus hingga masak

untuk sos kicap:

3 biji bawang putih
7 biji cili padi
3-4 sudu kicap


Cara-caranya:

Mee Hoon direndam sehingga lembut.
Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan udang kering dikisar hancur.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan garam dan kiub pati ayam. kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah direbus tadi.
Masukkan lobak merah dan kobis.
Gaul rata.
Masukkan mee hoon, kacau rata-rata.
Perlahankan api dan kacau rata-rata.
Ita biasa buat, Ita kecilkan api dan tutup sekejap.
Mee Hoon akan jadi lembut dan tidak lembik.
Bila masak, angkat.


cara buat sosnya:

Tumbuk semua bahan-bahan kecuali kicap.
Masukkan kedalam mangkuk dan tambah kicap serta
dikacau rata-rata. Letak sedikit garam jika suka.

Okey bolehlah dihidang bersama Mee Hoon Tadi. 


SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts