PARU PARU BERLADA

ASSALAMUALAIKUM.. 

Apa khabar pagi ini ya. Kemanakah anda hari ini.? Apakah agenda anda hari ini..?? Tentu macam macam perkara yang nak dilakukan ya. . nak rehat sepuas-puasnya setelah berpenat seminggu dengan tugas-tugas yang tak pernah-pernah nak habis. Makin bertambah adalah ya.. malah ada yang bawa balik ke rumah untuk diselesaikan. Malah ada yang nak tidur tak mahu bangun-bangun lantaran hari kerja kena bangun awal-awal dan pulang lewat malam. Itu semua nya adalah lumrah hidup selagi kita bernama manusia. Sebab itu lah rancangan awal adalah sangat penting untuk memilih kerja yang memberi keseimbangan dalam kehidupan. Namun demikian untuk mencari keadaan itu rasa nya amat sukar sekarang.

Apapun.. kita kena sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup. Makin tua usia kehidupan semakin banyak cabarannya. Jadi balik lah kita kepada hukum tuhan.. seimbangkan diri kita dalam kediupan dunia dan akhirat. Insyaallah kita akan selamat.

Pagi yang sejuk ini nak Ita kongsikan satu resepi Paru Paru Berlada. Sebenarnya jarang Ita membeli paru-paru kerana hubby cuba elak kan membeli lauk seperti perut dan paru. Katanya boleh menyebabkan penyakit Gout.

Jadi rasanya bertahun-tahun kami tak makan paru-paru ni.. Jadi tetiba je semalam Ita beli 1/2 kilo paru-paru, itu pun Ita buat setengah nya aje. Tak makan rasa kempunan jugak kan.. so.. kita pun buat lah..sekali sekala ya..



Bahan bahannya:

250 gm paru-paru
10 biji cili kering*
2 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh garam
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng


 Cara-caranya:

  1. Paru-paru dibersihkan dan direbus.
  2. Bila setengah masak, angkat dan hiris nipis.
  3. Kisar semua bahan bertanda*.
  4. Panaskan minyak.
  5. Goreng paru-paru hingga masak, angkat dan toskan.
  6. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tadi.
  7. Masukkan garam, gula dam kiub ayam.
  8. Masukkan paru-paru tadi.
  9. Biar pekat dan hampir kering.
  10. Angkat.

Okey dah siap, bolehlah dihidangkan bersama hidangan lain. 

                         SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts