POPIA PEDAS

Assalamualaikum..


Alhamdulillah syukur tidak terhingga kerana masih lagi diberi peluang bersembang-sembang di sini. Ita nak kongsikan satu resepi hidangan ringan kami. Sebenarnya hidangan ini boleh dikatakan hidangan kegemaran Ita. Apakah kah kuih ita itu ya ..? POPIA PEDAS..  Rasanya yang rangup pedas kena aje dengan selera Ita. Jadi.., Ita rasa nak makan banyak2 dan sampai puas.. maka Ita pun tak fikir panjang.. baik buat kuih ni  cepat-cepat. Dah tak sabar nak menikmatinya.. 

Dan memang betul, banyak sungguh Ita makan..sehingga menjilat jari.. he..he.. yang lain tu tumpang sekaki le... Kan dah cakap semenjak dua menjak ni selera makan Ita memang menjadi-jadi.. Dapat makanan je.. emm.. tak pandang yang lain dah.. Ada teman menasihati Ita agar berhati-hati,  jangan makan sesuka hati.. Ita akui..memang betul nasihatnya itu.. dan Ita hargai.. terima kasih..


Bahan-bahannya:

22 keping kulit popia
Minyak untuk mengoreng
1 sudu besar bijan

Inti :
1 1/2 cawan taugeh
1 biji bawang besar - dicincang halus
4 biji bawang putih - dicincang
1 biji lobak merah - disagak
1 camca teh garam
1/2 kiub ayam

Sos:

14 biji lada kering di kisar dengan sedikit air
1 1/2 cawan gula
3 sudu besar minyak masak


Cara-caranya:


  • Panaskan minyak.
  • masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • masukkan lobak merah.
  • Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  • sesuaikan rasa.
  • Bila masak, angkat dan ketepikan.
  • Ambil sekeping kulit popia, letak inti dan lipat.
  • sapukan air dihujung kulit popia sebagai pelekat.
  • Ulang hingga habis.
  • Panaskan kuali, goreng popia hingga garing.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Untuk membuat sos nya. Panaskan kuali dan masukkan minyak 3 sudu.
  • Masukkan cili kisar, kacau.
  • Masukkan gula, kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan popia yang digoreng tadi dan biar bersalut semua sos tadi.
  • Angkat dan hidang didalam bekas dan tabur dengan bijan

Bagaimana?? Cuba lah..pasti tak menyesal.. 

                 SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts