Saturday, 20 September 2014

PULUT SERI KAYA

PULUT SERI KAYA..TAPI AKU TAK KAYA-KAYA...HA..HA..

ASSALAMUALAIKUM..

Apa khabar semua..harap-harap sihat lah ye....huhh..!! lama betul Ita tak berblog...rindu giler.. Betul-betul gian ni.. walaupun kesihatan tak lah segagah mana.. tapi memandangkan nafsu berblog tetap mengila..ha..ha.. nak kata apa.. tak  terkata la.. 

Memanglah kesihatan tak segah mana..tapi nak jugak updatekan blog kesayanganku ini. Tapi hari ni.. walaupun tak boleh nak berjalan-jalan ligat macam biasa namun buleh duduk di kerusi mengadap komputer pun cukup bermakna dah buat aku... tension wei..!!

Walau dah beberapa hari tak masak dan asyik makan masakan orang..  namun Ita nak jugak updatekan satu resepi yang Ita tak update kan dulu.   Kejadian ni.. beberapa hari lepas sebelum Ita terlantar tak boleh nak bangun.  Minggu lepas.., masa hubby cuti..,  Ita sempat lah buat pulut seri kaya dengan anak-anak. Alkisah..masa tu..malam..lepas tu pulak lapar.. hmm.. apa lagi..jenguk dalam kabinet dapur ada pulut..ada telur.. teringat nak makan seri kaya pulak...ha..ha.. maka jadilah pulut seri kaya..

Ita mudah aje.. anak2 ada.. senang nak menyuruhnya.. Bengang sekejap budak2.. agaknya dalam kepala mereka.., apa lah umi aku ni.. malam-malam nak buat kuih.. he..he.. tak di ikut perintah mak..mahu durhaka nanti... hu..hu.. Bukannya susah sangat.. sekejap je.. kita pun nak suruh2 pun agak2 jugak...

Meh kita tengok resepinya :

Bahan-bahannya:

2 cawan pulut
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan

Lapisan seri kaya;
4 biji telur
1 keping gula melaka
1 cawan susu pekat


Cara-caranya : 

Beras dicuci.
Campurkan semua pulut, air, santan, garam dan daun pandan yang disimpulkan.
Masak guna periuk elektrik.

Loyang dialas dengan plastik dan sapu dengan minyak,
untuk memudahkan proses untuk keluarkan dari loyang nanti.

Bila pulut masak,
Angkat dan masukkan kedalam loyang.
Tekan-tekan hingga mampat.

Panaskan kukusan.

Dalam mangkuk lain, campur semua
bahan seri kaya dan blender hingga gula melaka hancur.
Tapiskan.
Curahkan keatas pulut yang di tekan tadi.
Kukus hingga seri kaya masak.
Ita simpan dalam peti ais.
Pagi barulah Ita makan untuk breakfast.


Okey..mudah kan. Tapi tak berapa menarik sangat colournya sebab Ita guna gula melaka satu keping saja. Kalau nak colour yang menarik boleh gunakan 2 keping gula melaka dan kurangkan susu pekat manis.

SELAMAT MENCUBA