RENDANG AYAM & NASI KUNYIT

Salam sejahtera semua.. harap semua nya dalam keadaan yang baik-baik belaka ya.  Malam ni Ita tak mahu cerita panjang2.. just nak share apa yang Ita masak hari ni je.. tak de yang special sangat. Makanan kegemaran suami. Tak mahu suami Ita balik rumah dengan kehampaan, Ita fikirkan nak masak apa untuk makan petang ni.. Selalu nya dia balik dalam keadaan yang lapar.. hidang je.. terus ngap!! Itu yang buat kita suka masak tu.. Bila kita buat, ada pula permintaan..ha..ha.. semangat sikit kan..

Ita just buat rendang ayam bersama pulut kuning yang dikukus je... Ita jamin mesti laku punya lah. Ya..lah, hubby memang suka kan pulut. Kena pulak dengan rendang..aduhs!! lentok habis lah..

Jom kita semak resepinya..


RENDANG AYAM

Bahan-bahannya:

1 cawan santan pekat
garam 
gula
1/2 ekor ayam - sederhana besar dipotong kecil2
1 helai daun kunyit - dihiris
5 helai daun limau purut

Bahan Kisar:
7 biji cili kering
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 inci kunyit 
2 inci  lengkuas
1 batang serai
1/2 liter air



Caranya:

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan dan ayam.
  3. Kacau rata-rata diatas api perlahan.
  4. Bila mengelegak, masukkan garam dan gula.
  5. masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Masak hingga kuahnya pekat.
  8. Kacau perlahan-lahan hingga masak ya..
  9. Angkat.


PULUT KUNING



Bahan-bahannya:

2 cawan pulut kuning
1/2 camca teh pewarna kuning

  1. Beras dicuci bersih dan direndam dengan pewarna selama 30 minit.
  2. Kemudian kukus hingga masak.
  3. Hidang bersama rendang ayam ya.

Okey.. selamat mencuba.







Comments