SATAY.. SATAY MARI MAKAN SATAY..


Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. terlewat Ita meng update kan N3 malam ni.. bukan apa.. sebenarnya dari pagi kalau boleh nak update tapi apakan daya.. line internet 2-3 hari ni memang teruk sangat. Bila dapat peluang ni.. terus nak update.., padahal mata memang dah mengantuk pun. Mulanya ingat nak update menu breakfast pagi tadi..tapi bila dah malam macam ni..kita updatekan menu malam ni lah ya..

Malam ni Ita buat satay untuk hubby dan anak-anak.. alhamdulilah kena dengan selera mereka. Ita bukan lah pengemar tegar satay tapi memandangkan orang-orang tersayang mengemarinya, membuatkan Ita bersemangat untuk membuatnya. Hubby tak henti-henti bersuara menyatakan satay ni sedap.. ya ke ni bang.. ikhlas ke ni..he..he.. jangan ingat nak ambik hati aje ya..

Apapun..bila satay Ita malam ni..memang habis.. tu dah menyenangkan hati Ita. Ya menandakan ianya kena dengan selera ahli rumah. Alhamdulillah.. Bila hubby kata sedap dan bertambah..bercucuk-cucuk satay tu.. hati Ita rasa puas sangat.. tak sia-sia rupanya.

Masa si kakak ada dirumah.. memang Ita dapatlah melakukan aktiviti di dapur dengan sepuas-puasnya.. bila dia sambung belajar nanti.. tak tahu macam mana Ita nak buat dalam keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Sedih jugak memikirkannya. Insyaallah boleh jugak tapi kena ambik masa yang lama lah..mungkin... Ita berharap sangat.., Ita dapat memasak seperti biasa. Ita tak mahu ahli keluarga Ita menjamu selera ala kadar je.. Ita nak buat yang terbaik untuk mereka. Sementelah lagi.. memasak adalah hobi Ita..

Bila suami kata nak makan satay semalam.. lalu Ita memintanya membeli daging dan peralatan lain. Dia pun tak banyak bersuara.., terus membeli barang-barang yang Ita pesan. 

Jom lah kita tengok apa bahan-bahannya.


SATAY DAGING

Bahan-bahannya:

1 kilo daging
1 sudu kecil garam
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula

Bahan kisar

5 biji bawang merah - bawang merah Ita agak besar, kalau kecil blh tambah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 inci kunyit 

Lidi satay secukupnya

Cara-caranya:

  • Daging di potong kiub, jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar.
  • Gaulkan semua bahan diatas dan perap semalaman.
  • Sekurang-kurangnya perapan hendaklah tidak kurang dari 4 jam
  • Lidi satay hendak direndam semalaman juga agar bila proses membakar, lidi tidak hangus.
  • Daging yang telah diperap bolehlah dicucuk pada lidi.
  • Semasa proses membakar jangan lupa sapukan dengan minyak yang dicampur dengan sedikit air dan gula ya.. supaya satay kita tidak kering dan hangus.
* Bahan untuk sapu pd satay semasa membakar: 3 sudu minyak + 1 sudu air + 1 sudu gula.
Guna serai yang diketuk pada pangkalnya sebagai berus untuk disapu pada satay ya..


KUAH SATAY

500 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
1/2 cawan santan pekat

3 keping gula melaka
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 batang serai
1/2 cawan minyak
1 batang serai
4 cawan air


Bahan kisar

15 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci belacan - dibakar
1 sudu besar udang kering
2 batang serai
1 inci lengkuas
3 biji buah keras

cara-caranya : 

  • Panaskan minyak.
  • Masukkan serai.
  • Masukkan bahan-bahan kisar, tunggu hingga terbit minyak.
  • Masukkan kacang tanah setengah, kacau dan masukkan semua kacang tanah.
  • Biar hingga kacang tanah empuk atau masak.
  • Masukkan air, gula melaka dan gula serta garam.
  • Masukkan santan. Kacau lagi.
  • Tunggu hingga kuah agak pekat.
  • Sesuaikan rasa.




Nasi impit Ita guna yang brand ADABI. kalau rajin kawan-kawan boleh jer buat ketupat rebus tu. Ita memang tak pandai nak jalin ketupat tu.. sebab tu Ita guna ketupat ADABI tu. 2 bungkus sudah memadai.

Kawan-kawan bolehlah tambah timun dan bawang merah sebagai pelengkap kepada satay tadi.

Apapun Ita memang berpuashati dengan satay malam ni kerana melihatkan anak-anak dan suami makan dengan bertambah-tambah.

Okey selamat malam. assalamualikum..




Comments

Popular Posts