Sunday, 21 September 2014

TAT TELUR YANG RANGUP..

Salam sejahtera semua.. Kali ini Ita nak tunaikan permintaan kawan Ita yang meminta Ita berikan satu resepi tat. Sebenarnya Tat ni...Ita dah dah buat bersama mee hoon goreng beberapa hari lepas namun Ita tak masukkan resepi tat telur. Sengaja Ita tak masukkan resepi tat telur kerana kulit tat Ita beli yang ready made. Jadi untuk memuaskan hati kawan Ita yang inginkan resepi tu..  maka Ita sertakan sekali resepi kulit tat itu ya.

Sebenarnya untuk membuat kulit tat ini ada banyak kaedahnya, tapi yang paling Ita suka ialah resepi tat yang Ita berikan hari ini ya.. kerana kulitnya yang rangup dan sedap ini.. ita gunakan untuk membuat tat-tat lain seperti tat tuna., tat kelapa, tat buah, cheese tat dan tat-tat lain.

Family Ita amat gemarkan tat, dan yang paling digemari sekali ialah cheese tart. Mak Ita pula sukakan fruit tart. Jadi setiap kali Ita buat cheese tart untuk anak-anak, Ita tak lupa buatkan fruit tart untuk mak. Hubby pula tak berkira.. semua tart dia rembat...he..he..

Hmm..jom kita tengok resepinya ya..

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum
50  gm tepung jagung
70  gm gula aising
 1  sudu besar tepung kastard
 1  biji telur (A)
50  gm marjerin/butter
75  gm shortening
 1  camca teh esen vanilla

Kaedahnya:

  1. Putar gula aising dan marjerin/butter hingga gebu.
  2. Masukkan esen vanilla dan shortening dan kacau sebati.
  3. Masukkan telur dan bahan-bahan kering yang lain. Gaul hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tat. 
  5. Tekan biar rata.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.
  7. Kemudian keluarkan.
  8. Masukkan inti dan bakar lagi selama 10 minit.




Bahan-bahan Inti :

4 biji Telur 
1 biji kuning telur
150 gm gula halus
140 gm air
200 gm susu segar
sedikit pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanila
secubit garam

Cara-caranya:

Pukul telur hingga sebati.

Masukkan gula halus, garam, pewarna, esen vanilla, air dan susu segar.

Pukul hingga berbuih.

Tapiskan.

Masukkan kedalam kulit tat dan terus bakar.








Kulit tat yang ready made ada terdapat dikedai-kedai.. Memudahkan kita untuk menggunakannya jika kita tidak mempunyai banyak masa untuk membuatnya. tapi Ita lebih suka kulit tat yang dibuat sendiri kerana ia lebih sedap. Mungkin disebabkan bila dibuat terus kita menggunakkannya berbanding dengan yang ready made yang disimpan jangka masa yang lama.

Okey muga jumpa lagi.. nanti Ita akan sertakan kulit tat versi lain pulak ya..


SELAMAT MENCUBA..