ACAR

ACAR.. RANGUP DAN SEDAP..DIMAKAN BEGITU SAJA..



Assalamualikum.. sayur.. ya.. banyak khasiat sayur yang tak mampu disangkal lagi. Tapi ada sesetengah orang sayur amat menyeksakan untuk ditelan. Tak tahu kenapa.. mungkin kerana semenjak kecil tidak didedahkan dengan makanan ini. Atau dah terbiasa dengan dengan makan nasi dan lauk aje.. 

For me.. sayur.. amat-amat penting sekali dalam hidup Ita. Tak kira sayur apa. Seingat-ingat Ita takde sayur yang Ita tak suka. Semuanya menjadi kegemaranku. Walla.. nak-nak kalau sayur tak dimasak.. Ita boleh duduk sebelah kambing rasanya. Ha..ha.. Kalau nak sedap lagi sayur kobis yang dihiris-hiris dan dicampur pulak dengan lobak merah dibuat acar mentah dan dimakan begitu saja. Masyallah lagi lah menggoda... suami lalu tak usahkan nak pandang.., nak angkat muka pun tak mahu.. ha..ha.. durhaka terus..

Sesetengah tempat, acar mentah ini digandingkan dengan nasi minyak. Emm sedap juga.. tambah menunya dengan kurma ayam..lagi lah terangkat. Emm..ini tak boleh jadi ni.. esok kena buat nasi minyak ni.. lama betul tak pekena nasi minyak.  Kalu dulu masa tinggal di Kemaman, Terengganu. Memang nasi minyak lah yang famous nya. Kat pasar minggu pun jual nasi minyak, pergi kenduri pun memang sah-sah nasi minyak je yang dihidangkan. Kat kedai makan pun nasi minyak yang dijual..hu..hu.. sampai berminyak-minyak lah..

Meh..kita semak resepinya.


ACAR CAMPUR
resepi : mak

Bahan-bahannya:

1/4 Kobis yang sederhana besar-hiris halus
1 biji karot- potong memanjang
1/2 biji timun - dihiris memanjang
1/2 bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah -hiris
2 biji bawang merah-hiirs
1 camca teh garam
3 susu besar gula
1/2 cawan cuka
3 biji cili padi -hiris
3 sudu air sejuk

Cara-caranya :

  1. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka, air, garam, gula bawang merah cili padi dan cili merah.
  2. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan semua bahan-bahan.
  4. Gaul sebati.
  5. Perapkan dalam peti ais sekejap.
  6. Sedia untuk dihidang.

Ita suka makan begitu sahaja kerana Ita sangat suka kan sayur segar. Kepada seseiapa yang tak biasa makan acar mentah macam ni boleh lah mencuba, pastinya tidak mengecewakan. he..he..

Bye.. assalamualikum..



Comments

Popular Posts