ADA HARI NYA...

Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semuanya. Entah kenapa akhir-akhir ini  semangat Ita hilang terus dari diri. Walaupun tugas harian tetap dilakukan seperti biasa, namun semangat diri entah ke mana menghilangnya. Lemah lesu terasa.. Hilang punca.. tak tahu nak buat apa.. menambahkan kemerosotan kesihatan diri. Terasa tak mahu berbuat apa-apa lagi. Putus semangat pun ya jugak. Terimbas kembali kehidupan lalu.. cuma ingat yang sedih-sedih dan langsung tak memberi semangat untuk bangkit. Benci semuanya. Ya Allah.. semangat apa yang merasuk diri...

Letih dengan kondisi diri.., tak banyak perubahan.. walaupun cuti sakit dah hampir dua bulan lebih. Namun tak nampak kesihatan bertambah baik, malah statik.. tak berubah. Kenapa lah macam ni.. sungguh tak selesa. Hanya membaca al-quran saja yang dapat menghiburkan hati. Ya.. dari satu sudut,.. alhamdulillah kerana Ita dapat membaca al quran dengan kerap. Itu yang diinginkan.. pernah suatu masa mengimpikan nak baca al quran sebanyak mungkin lantaran sebelum ini masa selalu aje sibuk. Tak puas nak baca alquran. Terfikir dibenak.. beruntungnya insan-insan yang telah menjadi hafizah.. bibir sentiasa basah dengan alquran yang boleh dibaca dimana-mana jika mahu. Terlambatkah aku..



Kalau tak boleh hafal semua juzuz pun tak pe.. separuh quran pun syukur dah.,. kalau tak dapat separuh.. suku al quran pun tak pe.. paling paling tak pun satu juzuz pun tak pe.. betapa keinginan itu menjadi impian sangat pada Ita. Nak salahkan siapa.. tak bermula dari awal.. kenapa kesedaran itu tak menjenguk diri sedari dulu lagi.. oohh.. betul betul sedih mengenangkannya. Apa-apapun tetap bersyukur..sekurang-kurangnya sebelum menutup mata, Ita telah sedar dan berusaha untuk memenuhi impian itu. Cukuplah kalau dapat menghafal walau satu juzuz.

Melihat dan mendengar orang-orang yang telah hafiz dan hafizah amat teruja sekali. Timbul sikap iri.. kenapa bukan aku.. ya Allah.. betapa selama ini aku lalai dengan dunia... Betapa aku alpa dengan nikmat mu. Ya Allah.. pulihkanlah semangat ku. Dekatkanlah aku dengan mu. Berilah aku peluang untuk membaiki balik jalan salah yang telah aku lalui. Permudahkanlah segala usaha ku ini. Sesungguhnya aku betul-betul mahu kembali ke jalan yang benar. 


Bagi yang selalu membaca alquran adalah menjadi kejanggalan bila ditinggalkan dalam satu hari. Ia menjadi satu nikmat yang memberi seribu ketenangan buat kita bilamana kita dapat membaca dengan sempurna tanpa gangguan. Seperti yang Ita lakukan setiap hari.., bila tiba hari uzur.., betapa lama, tunggu masa habis pantang tu.. rasa resah, gelisah.. alahai.. lambatnya la.. nak habis pantang ni.. rindu nak baca alquran. Yang buat Ita rasa sedih pulak bila mana tak dapat nak menghafal dalam masa yang singkat. Faktor usia ke.. boleh terima tak.. mungkin jugak.. tapi tetap nak usahakan jugak biar dapat hafal..walaupun satu juzuz. Harap Tuhan permudahkanlah keinginanan Ita ini.



Selain menghafal alquran adalah impian Ita, Ita juga mahu mengingati tafsirnya sekali. Alangkah indahnya kalau bacaan kita itu dapat kita fahami tafsirannya. Ita amat sedih kerana bila dah berusia macam ni, kesedaran Ita baru timbul.. kenapa tidak 20 tahun dulu..kenapa tidak 15 tahun dulu atau paling lewat pun kenapa tidak 10 tahun dulu.. kenapa.. Ya Allah sedihnya bila mengingatkannya.. Bila kesihatan diri semakin kurang, bila mata semakin rabun.. baru nak fikir semua ini. Alangkah sedihnya. Jika semasa muda dan sihat dulu tentunya sekarang banyak dah ayat-ayat alquran yang sudah dihafal. Tentu banyak dah pahala yang dah dikumpul.

Wahai adik adik dan anak anak sekelian. Ini adalah rasa seorang wanita yang sudah berusia , yang sudah terlambat untuk mengumpul pahala. Jadikanlah pengalaman makcik ini sebagai pengajaran. Jangan sampai kita menyesal dengan perbuatan lampau kita.. Bermulalah dari sekarang. Kumpullah pahala sebanyak mungkin semuga hidup dikemudian hari lebih bermakna.

Panjang pulak luahan rasa Ita pagi ini ya..  sebelum Ita mengundur diri. Fikir2kan lah apa perlu kita lakukan dalam hidup kita. Carilah kebahagian dengan rasa iman. Carilah ketenangan dengan rasa redha..

Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts