Tuesday, 7 October 2014

AIR ASAM PERUT LEMBU

AIDIL ADHA... PENUH DENGAN KEMEWAHAN DAGING KORBAN


Assalamualikum.. salam aidil adha buat semua.. semuga masih lagi ada sisa-sisa kegembiraan menyambut aidil adha.  Ita pernah dengar kalau di Kelantan Aidil Adha lebih meriah. Sejauh mana kemeriahan itu tidak dapat Ita gambarkan kerana, setiap kali hari raya memang Ita akan balik kampung. Maka, jadinya.. Ita tidak pasti kalau diluar Kelantan tu..sambutannya macam mana. Tapi kalau dah sebut raya.., makna nya memang kita akan raya sakan lah kan..he..he..

Ada lagi tak daging korban?? Kalau ada jangan simpan lama-lama ya.. terus masak.. Kalau dah banyak sangat tu.. masak banyak-banyak dan jemput kawan-kawan makan ya. Hari ini Ita nak kongsikan satu masakan Kelantan jugak rasanya ni. Air Asam Perut Lembu. Ita tak pasti luar Kelantan ada tak menu ni. Seingat Ita, kalau majlis kenduri keluarga, nenek ke, moyang ke, mak cik2 Ita ke.. mesti nak buat air asam perut lembu ni. Sebab nak hidang kat tetamu tak cukup, jadinya tuan rumah lah yang dapat.

Tapi ada juga yang tak makan Air Asam Perut Lembu ni. Ita pernah dengar ada sesetengah orang memang tak makan organ dalaman lembu. Kata mereka akan memberi penyakit atau penyakit yang sedia ada bertambah buruk. Pun Ita tak berapa pasti sejauh mana kebenarannya. Maaflah gambar tak berapa cantik, sebab waktu malam, Ita tak berapa mahir kalau bukan waktu siang. Ita banyak bergantung kepada cahaya matahari untuk mengambil gambar masakan Ita.

Tak mahu berlengah lagi jom kita tengok resepinya:


AIR ASAM PERUT LEMBU

Bahan-bahannya:

1/2 kilo perut lembu - dibersihkan
2 liter air
1 biji limau nipis @ limau kasturi guna lebih sikit ya
sedikit belacan
garam secukupnya.
6 biji cili padi

Cara-caranya:

  1. Rebus perut dan air hingga empuk.
  2. Masukkan garam.
  3. Bila perut lembu empuk, angkat dan potong kecil-kecil.
  4. Air rebusan tadi adalah sebagai kuahnya.
  5. Masukkan cili padi yang diketuk.
  6. Masukkan belacan yang lenyek hingga hancur.
  7. Perah limau nipis.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Jika mahukan yang lebih masam boleh tambah air limau nipis ya.
Itu saja untuk malam ini semuga jumpa lagi dilain masa.. selamat mencuba.