ASAM REBUS TELUR ITIK

ASAM REBUS TELUR ITIK YANG RINGKAS



Assalamualikum..

Salam Jumaat untuk semuanya ya. Perbanyakkan amalan yasin hari ini amat digalakkan. Kalau biasanya kita amalkan bacaan yasin setiap pagi dan malam. Tapi bila sampai jumaat perlebihkan sidikit bacaan yasin adalah digalakkan. Ringan-ringankan lidah untuk membaca yasin ya. Bagi yang dah menghafal tu.. adalah satu bonus kerana tak perlu membawa surah yasin kemana-mana dan dapat dibaca walau dimana kita berada. Adalah lebih baik jika anak-anak kita dapat menghafal surah yasin dengan lancar.

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda."Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Menurut sebuah hadis yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Begitulah besarnya hikmah surah yasin. Bukan setakat itu sahaja, malah ada lagi kelebihan membaca surah yasin. Ita memetiknya sebahagian sahaja. 

               Rujukan: http://cahayapurnama.com/kelebihan-fadhilat-dan-keberkatan-surah-yasin/  






Jom kita ke resepi Asam Rebus Telur Itik ya.. Dah petang ni.. solat Jumaat pun dah selesai.. nanti orang yang balik solat nak makan.. ha..ha.. suggestion jer.. resepi ni Ita masak 2-3 hari  lepas dah, bersama Ayam Percik.

Bahan-bahannya:

5 biji telur itik
1 labu bawang besar
1 sudu besar air asam jawa
1 ikat sawi
1 liter air
1 biji tomato
4 biji cili padi-ditumbuk kasar
3 sudu besar ikan bilis-ditumbuk (kadang-kadang ita gantikan dengan kiub ikan bilis)
1 batang serai - dititik
1 inci lengkuas
1 sudu kecil garam.
5 biji baby tomato - dibelah 2 (Boleh jer guna tomato besar, tp yang ini aje ada dlm peti sejuk Ita..

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan kecuali telur, tomato dan sawi.
  2. Biar mendidih. 
  3. Masukkan telur. Jangan dikacau ya.. takut nanti telurnya hancur.
  4. Akhir sekali masukkan sawi dan tomato.
  5. Sesuaikan rasa.

Okey .. assalamualaikum.. selamat mencuba ya.

Comments

Popular Posts