AYAM KAPITAN

AYAM KAPITAN YANG SEDAP..

Assalamualaikum, apa khabar semua..Ita harap semuanya sihat-sihat ya. Malam ini Ita terasa nak ubah selera sikit dengan masakan yang biasa Ita masak. Namun bahan-bahannya tak lah susah didapati. Rasanya semua ada kat dapur teman-teman semua. 

Untuk malam ini Ita nak kongsikan lauk hidangan Ita hari ini ya.., iaitu Ayam Kapitan. Nak masaknya ambik masa sedikit kerana nak tunggu kuah nya hampir kering. Kuahnya agak pekat tetapi cair sedikit dari rendang. Yang special nya ia menggunakan daun pandan sebagai bahan tumis dipermulaan cara memasaknya.

Kadang-kadang tu, kita kena juga beralih selera kan. tak mahu lah asyik masak benda yang sama jer kan.. sesekali tu ubahlah sikit..baru ada kelainannya..he..he..

Jom lah kita tengok bahan-bahannnya.


Bahan-bahannya:

400 gm ayam 
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
16 gm rempah kari
3 helai daun pandan- dihiris halus
1/2 senduk minyak

bahan untuk dikisar:

2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih



Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, goreng daun pandan.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air lalu dimasukkan ke dalam periuk tadi.
  4. Masukkan cili kisar, kacau rata.
  5. Masukkan ayam, perlahankan api. Tunggu ayam separuh masak.
  6. Masukkan santan dan air, kacau perlahan-lahan hingga pekat.
  7. Masukkan garam dan gula.Sesuaikan rasa.
  8. Bila kuah pekat. Angkat.

Okey dah siap pun.. jangan lupa ya mencubanya. Pasti tak rugi tau..!!

Bye.. Assalamualaikum..selamat malam..

Comments

Popular Posts