AYAM MASAK MERAH BERMADU DAN SAYUR LEMAK CAMPUR

AYAM MASAK MERAH BERMADU KEGEMARAN ADAM...



Assalamualaikum.. selamat petang ya semua. hari ni Ita tak berapa sihat kerana malam tadi langsung tak boleh tidur. Malam  tadi jam 11 malam Ita memang dah tidur pun, pastu kul  2.30 pagi tersedar terus tak dapat tidur sampai ke pagi. Batuk dan sakit kaki memang menyebabkan Ita langsung tak boleh tidur. Nak bangun solat, waktu ni Ita cuti..he..he.. Nak keluar bilik ngadap komputer terasa malas. Jadi pagi ni..memang sakit kepala lah. Nak tidur memang tak boleh tidur. Ita ni jenis susah nak tidur waktu tengahari..

Jadi Ita nak masak awal sikit hari ini.. nanti petang kalau hubby balik awal boleh dia dinner terus dan boleh lah Ita ngadap novel. he..he.. novel lagi. Tak lah jugak, entah kenapa novel kali ni dah 3 bulan baca tak habis2 lagi. Ceritanya boleh tahan jugak tapi entah kenapa, mood membaca tu..memang teruk. Nak tahu cerita apa?? The Unsung Hero hasil novelis kesayangan Ita, Melur Jelita. Kesemua novel2nya Ita ada.  Memang best nukilan Melur Jelita ni.. kreatif betul dia.

Hmm.. resepi Ita hari ini adalah Ayam Masak Merah Bermadu, Adam, anak bujang Ita yang darjah tiga tu memang sangat sukakan Ayam Masak Merah ni. Menu nya selain kari mesti kena ada ayam masak merah lah, sama dengan kakak nya Avin. Kita sebagai ibu sebenarnya tak susah nak dapat pahala. Duduk dirumah pun boleh dapat pahala. Masak untuk anak2 dan suami, jaga rumah tangga, jaga makan pakai suami. Fahami kehendak suami, pun dah dapat pahala. Jadi lah pendengar setia kepada suami anda, tentu dia akan merasa dia dihargai. 

Kehidupan lalu yang penuh kesibukan dengan tugas menyebabkan Ita banyak abaikan tugas sebagai isteri dan ibu. Alhamdulillah, mereka semua faham yang Ita keluar dari rumah bukan untuk suka2 dan tugas itu adalah sebagai membantu dan meringankan tugas suami untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga. Namun dalam hati Ita, Ita sentiasa berdoa semuga ianya akan ada jalan penyelesaian suatu masa nanti. Bila anak2 dah besar dan ada kehidupan sendiri, masa tu, kita dah tentunya akan berehat dan melalui hari2 tua dengan tenang. Insyaallah.

banyak pulak celotehnya ya.. jom lah kita semak resepi Ita hari ini..





AYAM MASAK MERAH BERMADU

Bahan-bahannya:

350 gm ayam - dipotong kecil (@ iukut suka)
1 sudu kecil garam 
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
1 iji bawang besar- dihiris bulat
1 biji cili merah -dihiris
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor
2 sudu besar madu

Bahan kisar:

1 biji tomato
8 biji cili  kering- potong -rendam air panas
1 inci halia
1 inci kunyit
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai

Caranya :

  1. Panaskan minyak.
  2. Ayam dilumurkan dengan garam.
  3. Goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan kuali, letak minyak anggaran 3 sudu besar.
  6. Tumis bahan kisar.
  7. Masukkan 1/3 sudu garam, gula dan madu.
  8. Kacau sebentar. Masukkam asam gelugor dan bawang besar serta cili merah.
  9. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
  10. Kacau rata.
  11. Sedia untuk dihidang.


Ita gandingkan ayam masak merah bermadu ini dengan sayur campur. Kebetulan tengok sayur dalam peti ais ada serba sedikit lalu Ita terfikir untuk memasak menu ini. Kalau ayam masak merah ni kegemaran anak, sayur ini pula kegemaran suami. aah..!! perut kita pun dah lapar ni.. nampaknya kita kena makan dulu lah..he..he.. meh Ita tunjukkan bahan-bahan yang Ita gunakan untuk masak sayur campur ini ya..




SAYUR LEMAK CAMPUR

Bahan-bahannya:

1/4 kobis - dipotong
3 keping kobis ungu-di potong
1 batang karot-dipotong bulat
1/4 lobak putih-dipotong bulat
2 keping Fucuk - pecah-pecahkan -rendam hingga lembut
1 biji cili merah
1 cawan santan
1.5 liter air
garam
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis


Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
2 ekor ikan dibakar dahulu
1/2 camca teh lada hitam
sedikit air

Cara-caranya:

  1. Dalam periuk masukkan bahan yang dikisar bersama air.
  2. Masukkan lobak merah dan lobak putih.
  3. Masukkan garam dan pati ikan bilis.
  4. Bila mengelegak, masukkan santan.
  5. Kacau perlahan-lahan.
  6. Masukkan kobis, kobis ungu,asam gelugor dan fucuk.
  7. Kacau perkahan-lahan hingga kobis lembut.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Masukkan cili merah.
  10. Angkat dan hidang bersama nasi putih.


Okey..hingga berjumpa lagi..assalamualaikum.. rajin-rajin lah ke dapur ya..

Comments

Popular Posts