Monday, 13 October 2014

AYAM PAPRIK

DINDA TAHU.... KANDA SUKA CURRY.. TANPA KANDA.. PAPRIK PUN TERJADI..

Assalamualaikum.... salam sejahtera dan selamat petang. Tanpa diduga..pemergian suami pagi tadi rupanya tak balik malam ini. Bila tiba-tiba suami kena pergi ke Kuala Lumpur dengan sehelai sepinggang macam tu.. terkejut jugak. Kesian suami pujaan ku. Tak sempat nak bersedia terus kena ke sana dari office. Nak balik ke rumah tak sempat dah. Macam tu lah kalau dah tugas.. . dah lah  malam tadi hampir setiap 2 jam tak dapat melelapkan mata, asyik2 talipon berdering. Hingga kan tahajud Ita terlepas gara-gara mengantuk. Sedih jugak terlepas tahajud yang sangat disayangi. Nak buat macam mana.. Ita anggap ia nya, takdir.. adalah hikmahnya tu..

Suami sangat gemarkan kari. Hampir setiap hari mesti kena ada kari. Sikap ini menurun kepada anak-anaknya. Hanya Ita seorang yang tak obses dengan kari. jadi bila ketiadaannya Ita akan ambik kesempatan memasak menu kegemaran Ita seperti menu paprik sebab jika suami ada Ita rasa tak selesa masak menu yang tidak menjadi kegemarannya.

Biasanya Ita makan paprik dekat kedai sebelah pejabat waktu rehat bersama kawan-kawan. Kedai makan tu, ownernya orang Thailand. jadi bila kempunan nak makan paprik ni nak kena buat lah. lama betul tak makan paprik semenjak cuti sakit hampir dua bulan ni.. Bila teringatkan paprik kedai tu.. kebetulan hubby tak de..emm sedang molek lah. Kita pun buatlah ngan anak-anak... Bukan wonder pet je datang membantu.. anak-anak Ita pun membantu juga mak nya yang tak berapa sihat ni..



AYAM PAPRIK

Bahan-bahannya:

300gm ayam - dipotong kecil-kecil
1 biji lada merah-hiris
1 biji lada hijau.-hiris
3 batang kacang panjang-dipotong panjang2
1 biji tomato -dibelah 4
3 helai daun bawang-dipotong panjang
1 helai daun salad
5 helai daun limau purut
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos tiram
garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis.


bahan kisar:

1//2 cawan air
1 batang serai
3 biji limau kasturi
4 biji cili api
2 biji cili mearh
3 ulas bawang putih
1 biji tomato

Caranya:


  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar.
  3. bila naik bau, masukkan ayam. Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan garam serta gula.
  5. Masukkan kacang panjang, tomato, daun bawang dan daun limau purut.
  6. Gaul rata. sesuaikan rasa.
  7. Hidangkan bersama daun salad.
Ya.. dah siap. senangkan. Kalau dikedai makan biasanya akan diletakkan sekali seperti bunga kobis dan karot. Terpulang pada anda nak mencampurkannya pun boleh jugak. Ini adalah menu yang agak ringkas jugak... so kalau nak cuba tu..silakan..