CAHAYA HATI

Salam sejahtera..,


Pernahkah anda terfikir mahu menghidupkan cahaya hati. Ya..hati kita terkadang diselaputi rasa riak, takbur, iri, kesombongan hati, dengki dan seumpamanya.  Kita terkadang terlepas pandang dari rasa yang wujud dalam diri kita. Cuba kita renung sejenak.. Kita tak merasa pun bahwa  hati kita gelap. Yang kita nampak adalah kesilapan dan keburukan orang lain. Jadi mari kita menghidupkan kembali supaya hati kita kembali bercahaya.



Marilah kita tanggalkan pakaian kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Supaya hati kita kembali bercahaya dan jernih. Menemukan cahaya hati bererti kita kembali kepada jati diri atau fitrah kita sebagai manusia yang jernih dan bersih.

Tanggalkan pakaian dengki dan jadikan dengan kasih sayang.

Ubah sikap ego diri kepada sikap empati kepada orang lain.

Lemparkan jauh-jauh sudut pandang negative kepada bersangka baik.

Buangkan sifat takabur dan gantikan dengan sifat kesedaran diri yang kita ini semuanya makhluk Allah.

Hindari prinsip hidup yang salah dan ubahkanlah kepada kejernihan jati diri yang bersumber dari hati.

Itu adalah antara kenapa hati kita menjadi gelap. Marilah kita ubah ya teman-teman, agar hidup kita lebih berkat. Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlu memikirkan kenapa orang lain lebih senang dari kita, tak perlu kita nak dengkikan kelebihan orang lain sedangkan kita jugak mempunyai kelebihan yang kita tak nampak sebenarnya. Tiada makhluk yang sempurna yang dijadikan Allah snt. 



Berbahagialah kepada mereka yang dapat menghidupkan cahaya hatinya. Hidupnya akan dilimpahi cahaya terang dengan pelbagai kemudahan dan kelapangan.





Moga kita saling mendapat manafaat.

Assalamualaikum..

JAGALAH HATI..

Gambar : ikhsan Google
artikel    : syedroslanjaafar.blogspot.com

Comments