IKAN MASAK STIM

IKAN MASAK STIM.. MENU LUNCH..


Assalamualaikum..,  salam penuh kesyukuran kerana dapat ke udara lagi. Apa khabar semua. Selamat menyambut Deepavali ya kepada yang menyambutnya. Mana yang ada kawan India tu.. mesti dah beraya sakan ya. 

Hari ini Ita just nak kongsikan satu resepi yang sihat lagi sedap. Sihatnya kerana masakannya tidak berlemak. Hanya kukus sahaja. Cara memasaknya pun tersangat ringkas. Tapi anak-anak dan suami memang sukakan hidangan ini.

Jomlah kita tengok resepinya ya.

IKAN MASAK STIM

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - - hiris panjang
1 batang serai - dititik
2 biji asam boi
1 sudu teh garam


Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Didalam bekas, letakkan ikan yang telah disapukan dengan garam.
  3. Tabur bawang merah, bawang putih, halia, asam boi dan serai.
  4. Kukus sehingga masak.
Ikan ni boleh ditukarkan dengan ikan-ikan lain mengikut citarasa masing-masing. Tapi Ita lebih suka ikan siakap. 

Okey sehingga jumpa lagi..insyallah. Assalamualikum..

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts