KUIH BOM

KUIH LAMA YANG MASIH DIGEMARI..


Assalamualikum.. semuga anda semua dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Alhamdulillah dapat kita ketemu lagi hari ini dalam bicara bisu ya..

Hari ini Ita nak kongsikan satu resepi kuih lama juga tapi masih diminati ramai. Kuih ini tak ditelan oleh arus kemodenan walaupun ia bersifat kuih klasik. Dimana-mana pun, kita tak susah nak jumpa kuih ni. Sebab tu masih ramai yang tidak tahu cara membuatnya kerana kuih ini mudah didapati. Dengan seringgit pun kita sudah boleh menikmati kuih ini.

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh lah gunakan resepi ini untuk hidangan keluarga atau rakan taulan ya. Ita tak pasti asal nama kuih ni kenapa dinamakan kuih bom. Mungkin bentuk bulatnya kut macam bom. Ada sesiapa yang tahu kah kenapa asal kuih ini dinamakan kuih bom. Tapi kalau di Terengganu kuih bom tidak sama. Ia dibuat dari tepung pulut jugak tetapi ia berbeza dari segi intinya. Kuih bom Terengganu tidak disaluti dengan bijan dan inti nya adalah ikan. 

Nanti Ita akan kongsikan kuih bom Terengganu pulak ya. Pertama kali ke pasar malam di Terengganu memang tak kenal pun kuih bom Terengganu. Tapi bila beli dan cuba rupa-rupanya kuih bom terengganu ni lain sikit dan sedap jugak. 

Tanpa lengah masa jom kita tengok resepi kuih bom ya.. mana tahu petang nanti boleh buat kuih bom untuk hidangan keluarga.

KUIH BOM

Bahan untuk Kulit:

2 cawan tepung pulut
2 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1 cawan bijan
secubit garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Caranya:

Masak air dan gula hingga gula hancur.
Biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
Dalam mangkuk lain gandum dicampur dengan garam.
Tuangkan air gula tadi dan uli hingga
menjadi doh.
Bulat-bulatkan adunan dan letakkan inti ditengahnya.
Bulatkan semula seperti bola kecil ya.
Sapukan dengan minyak dan golekkan diatas bijan.
Goreng hingga warna kekuning-kuningan.

Bahan untuk inti :

2 cawan kacang hijau
3 cawan air
1 cawan gula pasir
secubit garam.

Caranya:

Rendam kacang hijau selama 30 minit.
Masak kacang hijau  bersama gula dan air.
Masak hingga kering, jika kacang belum masak tambah air.
Bila kering, angkat dan tunggu sejuk sebelum digunakan.


Okey.. dah..senangkan. Kalau ada masa terluang dan rajin boleh lah dicuba resepi ini. rasakan sendiri air tangan kita dan kongsikan bersama orang-orang tersayang. Insyallah ada kenikmatannya bila kita lakukan dengan penuh keikhlasan, Insyallah..



Comments