KUIH CARA MANIS

CARA MANIS.... SEMANIS YANG MEMBUATNYA..HE..HE..


ASSALAMUALAIKUM..,


Salam sejahtera buat teman-teman dan adik-adik semua. Thanks.. and welcome to my blog. As a blogger.. Ita amat appreciate kepada pengunjung-pengunjung yang sudi menjengah dapur maya Ita ini. Memang Ita akui, blog Ita ini tak sehebat mana, namun rasa kesyukuran tak terbendung lagi kerana ramai sahabat-sahabat menjadikan blog ini sebagai rujukan. Ada sahabat Ita yang dulunya tak suka ke dapur tapi melihat blog Ita, dia telah rajin ke dapur. malah Ita akan bagi dia blog-blog lain yang boleh dia jadikan rujukan.

Apa-apa pun niat itu penting ya.. Kalau niat kita baik, insyaallah Allah akan permudahkan setiap urusan kita. Seperti juga musibah atau dugaan yang kita terima. Janganlah kita terfikir hingga membebankan diri kita kerana setiap apa yang diberikan pada kita bukan lah satu penganiayaan malah mungkin satu kifarah buat kita. 

Tak mahu cerita panjang-panjang.. jom kita tengok resepinya ya..

CARA MANIS

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum
250 ml santan
5 helai daun pandan-kisar ambil jusnya
2 biji telur
secubit garam
pewarna hijau
1/2 cawan gula - untuk inti
minyak untuk disapu pada acuan



Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan kecuali gula dan minyak ke dalam pengisar.
  2. Kisar hingga adunan sebati.
  3. Panaskan acuan. Sapu minyak pada acuan.
  4. Sendukkan ke dalam acuan hingga hampir penuh.
  5. Bila hampir masak, masukkan sedikit gula ditengah-tengahnya.
  6. Bila masak, keluarkan dari acuan dengan mencucuk lidi di tengahnya.
  7. Ulang hingga habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Okey..dah siap, tak susahkan. Jadi bolehlah mencubanya ya. Salam manis dari dapur ruzita.

Bye..assalamualaikum..


Comments

Popular Posts