Friday, 17 October 2014

KUIH KERIA

KUIH KERIA..HIDANGAN MAK..


Assalamualaikum.., apa khabar semua. Makan apa tengahari ni teman-teman? Tentu yang mana berhujung minggu tu.. masak sedap-sedap ya.. sebab masa yang panjang tentunya membolehkan teman-teman semua masak sedap-sedap ya. 

Ita just nak kongsikan kuih tradisional yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Dulu masa kecik2 bila mak buat ni..Ita memang tak suka. Sebab Ita anggap ini adalah kuih orang tua-tua.. takde taste. Tapi bila kahwin dan suami pulak teramat sukakan kuih2 melayu lama ni.. Ita terpaksa belajar dengan mak. Tapi takde lah belajar sangat rasanya, cuma tengok2 masa mak buat tu,.pastu cuba sendiri.. Alhamdulillah jadi.., dan kena pulak selera Encik Suami.. itu dah memadai bagi Ita. Apa yang suami dan anak2 suka itu je lah yang kita buatkan. Tapi ada juga yang suami tak berapa gemar kita buat disebabkan taste kita seperti kek. Cik abang memang tak berapa gemarkan kek tapi kalau kek buah kukus yang kukus 4 jam tu..memang..dia suka. Tak kritik langsung. Kena pulak dengan nescafe..langsung tak bergerak dari meja makan..


KUIH KERIA

Bahan-bahannya:

700gm ubu keledek
sedikit tepung gandum- ikut kesesuaian ketika kita mengulinya
sedikit air
minyak untuk mengoreng
1 cawan gula
1/3 cawan air

Caranya :

  1. Ubi keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk.
  2. Bila ubu sejuk, lecek hingga hancur.
  3. Masukkan tepung sedikit sedikit hingga jadi doh yang boleh dibentuk.
  4. Jika keras boleh masukkan sedikit air, jika tak, tak masuk pun takpe..
  5. Bulatkan adunan kepada beberapa bahagian.
  6. Leperkan doh tadi dan buat lubang ditengah seperti donut gitu..
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga warna keemasan.
  8. Angkat dan ketepikan.
  9. Dalam kuali lain panaskan gula dan air hingga berbuih dengan api yang perlahan.
  10. Kemudian bila air sira tadi pekat masukkan kuih keria tadi.
  11. Golekkan biar rata dan masak hingga air gula kering seperti garam kasar gitu.
  12.  Angkat dan sedia untuk dihidang.
Pastikan kuih keria sejuk dahulu sebelum disira. Jangan nak lorat ya.. buat dengan penuh kasih sayang ya..he..he..

Bye..Assalamualaikum..