KUIH PAU

KUIH PAU YANG ENAK


Assalamualikum, apa khabar semua. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat-sihat saja ye.. Pagi ni Ita nak kongsikan satu resepi breakfast kami yang ringkas. He..he.. Ita ni semua resepi yang ringkas-ringkas sahaja ya. Masa amat penting dalam kehidupan kita. jadi yang mana penting didahulukan. Tinggal sedikit masa tu lah nak buat apa yang perlu untuk keluarga tersayang. Ita seperti juga orang lain, mempunyai masa 24 jam dalam satu hari tapi jadual Ita juga padat. Namun kerana memasak adalah darah daging Ita, maka ianya menjadi rutin Ita untuk berada didapur walaupun sekejap. Menghidangkan hidangan untuk keluarga adalah satu kepuasan buat Ita. Lebih-lebih lagi jika hidangan Ita itu memenuhi selera suami dan anak-anak. Insya Allah dapat pahala..

Jom lah kita terus ke resepinya ya. Nantikan berkisah lama-lama membazir masa teman-teman pulak ya..

 PAU


Bahan-bahannya:

500 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu gula pasir
1 1/2 sudu kecil yis 
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air suam
Daun pisang secukupnya.

Caranya:

  1. Gaul semua bahan kecuali air suam.
  2. Perlu diingat garam jangan letak sekali dengan yis ya.
  3. Bila sebati, masukkan air suam sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga tidak melekat ditangan.
  5. Rehatkan doh, biar naik dua kali ganda.
  6. Bila doh naik, tumbuk2 kan doh.
  7. Bahagikan doh menjadi ketulan kecil.
  8. Ambil doh leperkan dah masukkan inti.
  9. Letak diatas daun pisang yang dipotong bulat.
  10. Kukus selama 10-15 minit.
Sambil2 menunggu doh naik...kita buat intinya ya.

Inti Ayam :

1 cawan ayam yang dicincang
3 biji bawang merah - dicincang
2 biji bawang putih dicincang
1 biji cili merah - dicincang
2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari
1 biji kentang-dipotong dadu
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, cili merah dan daun kari.
  3. Bila naik bau masukkan rempah kari.
  4. Biar rempah kari masak sekejap, masukkan ayam dan kentang.
  5. Masukkan garam dan gula serta kiub pati ayam.
  6. Perlahankan api dan tutup kuali.
  7. Tunggu hingga daging empuk.
  8. Tunggu sejuk untuk digunakan.


p/s : daun pisang hendaklah dilayurkan diatas api supaya ia lembut bila hendak digunakan. Kemudian daun dipotong bulat sebesar permukaan cawan. Boleh juga guna kertas minyak. Sebab tepi rumah Ita ada banyak pokok pisang, so. Ita lebih suka guna daun pisang.



                                  SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts