Saturday, 18 October 2014

NASI DAGANG & GULAI IKAN TONGKOL

NASI DAGANG... HIDANGAN PAGI KAMI


Assalamualaikum.. salam sejahtera buat teman-teman semua. Malam ini Ita just nak kongsikan menu breakfast pagi tadi. Mulanya terasa malaslah nak masak, tambah lagi hujan tak renti2.. sedap jer..tarik selimut lepas subuh.. pastu..nak tidur..memang tak boleh dah..sebab Ita bukan kaki tidur macam partner. Dia elok jer..berdengkur.. huish..!! memang tak boleh nak pejam lah. Ambik phone buka candy crush jap..layan candy crush..jemu lak.. bukan tegar sangat pun dengan candy crush tu,.. alih2..bangun..terus ke dapur.

Emm.. dengar je kita kat dapur.. datanglah wonder pet datang membantu.. dan hasil nya pagi ni breakfast lah dengan Nasi Dagang berlauk kan Gulai Ikan Tongkol (org klantan panggil ike ayo..) dan acar mentah. 

Nasi dagang ni kalau sesetengah orang suka yang pulut putih tu.. itu nasi dagang terengganu. Bagi Ita, dua-dua ita suka.. hentam jer..semuanya.. mungkin sebab dok terengganu lame..lebih kuranng 12 tahung gok.. dok sane..ha..ha.. jadi gok.. terikut2 gok la cara makang orangg ganu.. he..he.. Nok2 kalu makang lakse ganu hok kuah masok tu..meman sedap wei..

Okey, jom kita semak resepinya ya.. Tak amboh cakap lame.. nanti maroh pulok oran ganu..he..he..



NASI DAGANG

3 cawan beras nasi dagang (warna perang) - di cuci dan rendam sekejap
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 camca teh garam
1 sudu besar halba
1 inci halia - dihiris
4 biji bawang merah - hiris

Cara-caranya:

  1. Beras dikukus dan gaul bersama bawang merah, halba, garam dan halia.
  2. santan pekat dan air dicampur sekali.
  3. Bila nasi separuh masak, masukkan separuh santan dan gaul.
  4. Kukus lagi hingga masak.
  5. Bila masak, angkat dan gaul lagi dengan baki santan tadi.
  6. Kukus sekejap dalam 5 minit gitu.
  7. Angkat dan hidang bersama gulai ikan tongkol.




GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan tongkol 
1 cawan santan pekat
1 liter air rebusan ikan
15 biji clili kering - kisar
1 inci kunyit - kisar
5 biji bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 keping asam jawa
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar gula
1 camca teh garam

Caranya :

  1. Ikan direbus bersama asam keping, garam dan air hingga empuk. angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali ikan.
  3. Masak hingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
  5. Hidang bersama nasi.

ACAR MENTAH

Bahan-bahan:
1 biji timun - dipotong
1 keping nenas - dipotong
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 biji cili padi - dipotong
3 sudu besar gula pasir
1/2 camca teh garam
1/3 cawan cuka

Caranya:

  1. Campur semua bahan kecuali timun dan nenas.
  2. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan timun dan nenas.
  4. Sedia untuk dihidang.


Okey..itu lah resepi Ita untuk hari ini, sehingga ketemu lagi. Bye..assalamualaikum...