NASI GORENG BELACAN

SANTAPAN PAGI YANG PEDAS-PEDAS!!..


Assalamualaikum.., salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi menjengah dapur Ita pagi ini. Pagi ini Ita nak sponsor resepi nasi goreng belacan. yang ni special sikit sebab Ita letak petai. Ada sesetengah orang tak suka petai kan. Ita tak boleh lah nak tak suka kepada petai sebab Ita membesar dengan ulam-ulam yang macam ni. Tapi kalau jering Ita makan yang jering baby jer.. yang tua Ita tak berapa gemar sangat kecuali yang dah di jeruk. Haa.. cerita pasal jering jeruk ni.. Ita rasa tentu ramai tak tahu dan tak pernah makan rasanya. Sebab, jering tu sebelum jeruk kena tanam dulu dalam pasir beberapa ketika. Seperti jugak kerdas, Ita lebih sukakan kerdas muda berbanding dengan yang tua. Yang muda dihiris sekali dengan kulitnya cicah dengan budu..walla..sedap betul..nak-nak pulak makan kat sungai ada air terjun kat kebun ayah.. wah seronok betul.. teringatnya lah.. 

Sebelum Ita bercerita jauh-jauh tentang makan kat sungai.. meh.., kita pusing balik kepada nasi goreng tadi. Nasi goreng lah menu yang paling Ita suka.., sebab kita boleh olah dengan pelbagai cara mengikut citarasa kita. Sebab tu nasi goreng ni ada pelbagai jenis. Dari Nasi goreng Cina hingga ke nasi goreng USA.. nah..!! sampai USA dah sekarang. Ita mula-mula tengok menu dulu kat kedai makan.. terkejut jugak.. hhaa.. nasi goreng USA.. Tu la.. penangan nasi goreng. Paling Ita gemari ialah nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampung. Kadang tu bila masak untuk makan malam sengaja masak lebih sikit untuk buat nasi goreng pada pagi keesokkannya. Kalau dulu., nasi goreng ni kita masak kalau ada nasi lebih sebab tak mahu membazir aje. kadang-kadang tu tengahari pun nak buat nasi goreng, nak-nak kalau tinggal sorang diri atau berdua dengan anak jer.. tentu lah tak berbaloi untuk masak lauk lebih lebih.


Mari kita tengok resepinya, mana tahu semua bahan mungkin dah ada kat dapur teman-teman semua. Boleh lah panaskan kuali terus ya..

NASI GORENG BELACAN
resepi : ruzitakitchen.blogspot

2 mangkuk nasi
1 ikat kangkung - letak banyak takpe..kangkung dah murah..ha..ha..
1 keping petai - ambil isinya
2 hirisan tomato
3 hirisan timun
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 biji cili padi - tak mahu pedas boleh kurangkan
10 gm belacan
2 biji telur
1/2 kiub ayam @ ikan bilis
1 1/2 sudu garam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

  1. Bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan ditumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak.
  3. Kangkung dipotong dan dibersihkan.
  4. Bila minyak panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  5. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  6. Kacau rata.
  7. Masukkan kangkung.
  8. Bila kangkung layu, masukkan telur dan kacau pantas supaya telur hancur.
  9. Masukkan nasi dan petai.
  10. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa.
  11. Angkat dan hidangkan dengan hirisan timum dan tomato.
Jika suka boleh diletakkan ikan bilis. Ita tidak meletakkannya kerana terasa terlalu banyak bahan yang dah dimasukkan kedalam nasi goreng tu.. Okey..apapun masak lah dengan hati yang ikhlas agar keikhlasan itu mengalir kepada anak-anak dan suami atau sesiapa saja yang menjamunya. Keikhlasan kita akan terserlah melalui rasa kepada sesiapa yang menikmatinya walaupun dengan hanya secangkir kopi.

Comments

Popular Posts