NASI GORENG IKAN MASIN

NASI GORENG IKAN MASIN... CEPAT, SEDAP DAN RINGKAS..


Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. harap semuanya sihat walafiat ya.. malam ni Ita just nak share kan satu resepi ringkas teramat. Nasi Goreng Ikan Masin. Encik-encik bujang boleh buat ya.., sebab ianya teramat senang dan cepat berbanding dengan masa nak keluar rumah makan di restoran atau kedai makan.. he..he..

Bagi yang dah berumah tangga, pun boleh buat jugak sebab nasi goreng ni memang sedap kalau time kita lapar-lapar..ha..ha..bertambah pulak bila  rasa malas nak masak lauk pauk bagai. Lebih penting lagi kalau kita tak punya banyak masa untuk memasak. Jadi dengan nasi goreng ni, masa  tak lama di perlukan.

Masa Ita kecik-kecik dahulu, makanan ini lah yang menjadi rutin setiap pagi bila mak nak cepat pergi kerja. Sehinggakan kami dah terbiasa makan nasi goreng, ianya jadi sedap pulak. Kadang-kadang tu.. balik sekolah pun., bila mak tak balik lagi kita sendiri akan masak nasi goreng untuk dimakan kami adik beradik.

Sampaikan adik lelaki Ita masa tingkatan satu pun boleh masak nasi goreng. Lebih sedap kalau dimakan panas-panas, makan pulak ramai-ramai, bertambah-tambah.. Nak-nak kalau ada pulak timun..wah.. memang sedap betul lah. Kadang tu letak aje apa sayur yang ada kat peti ais. Kalau letak pulak petai lagilah best..he..he..

Jom lah kita semak resepinya .

Bahan-bahannya:
2 mangkuk nasi goreng
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 ikat sawi -cuci dan potong
2 keping ikan masin tenggiri
3 sudu besar minyak
1 biji telur - jika suka

Cara-caranya:
  1. Goreng ikan masin, angkat dan ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah dan cili padi di tumbuk lumat.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan garam.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi, tekan-tekan dengan sudip hingga ikan hancur. kacau.
  5. Masukkan sawi yang telah dipotong. Kacau. Tunggu hingga sawi sedikit layu. Jika suka, masukkan telur dan kacau laju hingga telur hancur.
  6. Masukkan nasi, kacau rata-rata. Jika suka masukkan serbuk perasa.
  7. Sedia untuk dinikmati.
Okey. dah siap. Ringkas kan??

Sehingga jumpa lagi. Semuga anda semua sentiasa bergembira dengan nikmatnya. 

Assalamualaikum..

Comments