NASI MINYAK DAN KURMA AYAM

NASI MINYAK DAN KURMA AYAM..HIDANGAN LUNCH KAMI..



Assalamualikum.. salam sejahtera buat teman-teman sekelian. Waa..lama tak makan nasi minyak ni.. kalau dekat kelantan jarang nasi minyak dijual di kedai makan, biasanya yang ada nasi beriani atau nasi arab selain nasi-nasi harian seperti nasi lemak, nasi kerabu dan nasi tumpang..  Kalau kempunan nak makan nasi minyak, kena buat sendiri lah. kalau kenduri pun biasanya dihidangkan dengan putih biasa atau special sikit nasi beriani. So.., bila nak makan nasi minyak, kena usahakan sendiri ya..

Hari ni..Ita nak kongsikan resepi nasi minyak yang dibuat dengan anak gadis Ita 2 hari lepas. Oleh kerana tak sempat nak update.., Ita kongsikan hari ni ya.. Oleh kerana kesihatan yang tak menentu..maka blog pun di updatekan ikut mood lah..he..he.. kalau rajin 3 kali sehari pun update..kalau dah datang penyakit malas 3 hari sekali baru nak update..he..he..

Nasi minyak ni tak susah sangat cara nak membuatnya. Tak mengambil masa yang panjang pun. Tapi apa yang penting, Ita lebih suka masak menu yang menjadi kegemaran keluarga. Suami dan anak-anak pulak tak cerewet, maka tugas Ita menjadi mudah. Ita gandingkan dengan Kurma Ayam dan Acar Campur. Dessert tak de..he..he..


Okey..kita mulakan dengan resepi nasi minyak dulu ya. Untuk kali ini, nasi minyak Ita ada yang tak cukup syarat tu..kebetulan malas nak suruh anak keluar cari barang, jadi Ita buat apa yang ada didapur je lah.. Kismis dan gajus Ita takde stok, jadi Ita tak letak lah..tapi teman-teman bolehlah letakkan ya..

NASI MINYAK

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
4 sudu besar  minyak sapi
1 sudu besar marjerin
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris
1 sudu kecil garam
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pala
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia - hiris memanjang
1/2 cawan kismis
1/2 cawan gajus
2 helai daun pandan
1 tin susu cair


Cara-caranya:

  1. Panaskan marjerin dan minyak sapi.
  2. Bila cair masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pala.
  3. Masukkan pula bawang putih dan bawang merah serta halia.
  4. Tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  6. Masukkan beras, air dan susu cair.
  7. Masukkan garam dan tunggu hingga mendidih.
  8. Bila mendidih angkat dah masak dengan periuk elektrik.
  9. Bila nasi masak, buka periuk dan letakkan gajus dan kismis sambil di kacau-kacau dengan chopstik supaya nasi tak hancur atau putus.




KURMA AYAM

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
1 cawan santan pekat
1 liter air
4 biji bawang merah - dihiris
4 biji bawang putih -dihiris
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pala
1/3 sudu jintan manis
2 biji kentang-kupas kulit belah 2@3
1 biji tomato- dibelah 2
3 sudu besar rempah kurma-bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar gula
1/2 senduk minyak

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak.
  2. Bila minyak panas masukkan bawang merah dan bawang putih serta halia.
  3. kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pala serta jintan manis.
  4. Bila naik bau, masukkan rempah kurma yang dibancuh tadi.
  5. Tunggu hingga rempah masak. Kacau-kacau ya.
  6. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api. Tutup periuk.
  7. Tunggu hingga ayam empuk. Sekali sekala kacau rata agar rempah tidak hangit.
  8. Bila ayam masak masukkan air dan santan. kacau perlahan-lahan tanpa henti.
  9. Masukkan garam dan gula. sesuaikan rasa.Tunggu hingga kuah mendidih.
  10. Masukkan tomato.
  11. Okey. bolehlah dihidang.


Ita gandingkan dengan acar campur kegemaran Ita ini.. emm.. bolehlah cuba ya untuk santapan anak dan suami. Kalu hujung minggu free boleh jemput kawan2 makan nasi minyak..baru lah meriah sikit kan.. Itu lah yang selalu Ita lakukan. ada tetamu rumah kita akan lebih berkat. Jangan biarkan rumah kita tandus tanpa tetamu, sebab tetamu akan menjadikan rezeki kita bertambah..

Comments