PAJERI TERUNG

PAJERI TERUNG YANG SEDAP TAK TERKATA..TERLAJAK SEDAP!!


ASSALAMUALAIKUM.. Apa khabar semua.. ke mana hari ini?? Berkelah di tepi pantai ke.. atau bershopping2.. apapun yang kita lakukan, dapur tetap tugas kita kan. yang mana berpenat-penat dengan tugas pejabat seminggu tentunya hari ini adalah hari rehat ya. Nak makan kat luar tu.. pastikan gerai @ kedai makan @ restoran tu mesti bersih. Pentingkan kebersihan ya.. Nanti tak pasal2 tak sihat pulak. Ita kalau nak makan kat restoran memang kami particular sikit. Bimbang kalau-kalau pemilik nya main cincai je tahap kebersihannya.  Siapa yang susah?? Kita juga yang susah.. 

Hari ini Encik suami bercuti, jadi banyak kerja dapur yang dia tolongkan. Tengok dekat peti sejuk, ada lagi terung, lalu terfikir nak buat pajeri terung. Rumah Ita, biasalah kalau kari memang laku sangat. Tak payah nak buat sales bagai..confirm habis.

Cerita pasal terung ni.., ia bukan sekadar sayur sahaja. Malah ia ada manafaatnya. Ia dikatakan boleh melindungi tubuh dari banyak masalah kesihatan secara semulajadi. Ia dikatakan sebagai makanan yang boleh menjadikan kita berasa kenyang dan sihat, jadi ia sangat sesuai bagi pengamal diet. Dikatakan juga ia mempunyai gizi sangat tinggi. Ia mempunyai air, protin, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, besi, pospor, karotin, Vitamin B1, Vitamin B2, C dan P dan asam nokotinat. Buah terung juga mengandugi 750 mg vitamin  P dalam setiap 100 gr yang mana ia dapat mengurangkan kerapuhan pembuluh darah. Manakala akar, daun, buah serta bunga terung berkhasiat melancarkan peredaran darah. Antioksidan dalam terung dapat mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser. (ruj: baca-blogspot.blogspot.co)



PAJERI TERUNG

Bahan-bahannya:

2 biji terung - dibelah 4
4 biji bawang merah -dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia - hiris
3 biji baby tomato
2 sudu rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
3/4 cawan santan pekat
2 cawan air
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar cili kisar
1/2 senduk minyak masak

 Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia. Kacau.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  4. Bila bawang layu masukkan serbuk kari .
  5. Tunggu hingga terbit muinyak dahulu, barulah dimasukkan air.
  6. Masukkan santan, garam, gula dan kiub ayam.
  7. Masukkan cili giling. kacau.
  8. Bila mendidih, masukkan terung. Kacau perlahan-lahan.
  9. Sesuaikan rasa.
  10. Bila terung masak bolehlah diangkat.

Okey dah siap. Ita, dahulunya tak suka sangat dengan pajeri terung ni jika berbanding dengan pajeri nenas. Kalau pajeri nenas makan macam tu sahaja pun tak apa. Suka sangat-sangat. Tapi bila dah tua-tua macam ni.. semua makanan hentam dah, tak memilih sangat dah..ha..ha.. Okey kepada sesiapa yang nak mencuba tu..bolehlah cuba ya.. mana tahu lepas ni jadi tersuka pulak.


Bye.. Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts