Sunday, 12 October 2014

SERI MUKA (VERSI II)

SERI MUKA..    VERSI II


Assalamualaikum.. selamat malam ya.. tentunya ramai yang bersantai-santai..rehat-rehat sambil menonton berita TV ya.. Terasa baru je Ita buat seri muka.. hari ini buat lagi.. Tak jemu lagi dengan kuih ni.. ya lah.. favourite En Suami,..mestilah rajin membuatnya. Tu..la.. kita ni..kalau kegemaran kita takkan lah rajin sangat membuatnya..tapi kalau pebret suami dan anak-anak..laju je tangan nak membuatnya kan. Lagi pun kalau sebut jer jenama pulut.. cik abang memang suka sangat.. tak kira lah pulut dimakan dengan rendang ke atau pulut untuk dibuat kuih muih.

Petang ni pulak memang rasa sihat sikit. Tangan mula lah nak bergoyang kat dapur. Bila buat seri muka ni.. si anak bujang pulak suka jugak. Hmm..apa lagi..memang cukup laris lah kuih Ita petang ni. Ni..belum lagi si kakak tu pulang dari sekolah. Hhaa.. yang tu lagi la tak pernah tolak makanan apa sekali pun. Elok lah nanti hidangkan untuk kakak balik dari sekolah jam 10 malam nanti. kakak tu nak exam SPM tahun ni.. Pergi sekolah jam 7 pagi..jam 10 malam baru pulang, penat sangat dia..Ita tengok. tapi sabarlah..tak lama dah. Bulan ni jer..kena bertahan sikit. Cikgu2 pun penat jugak.. mengajar dari pagi sampai malam. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak lah cikgu sebab sudi mengajar anak kami dari pagi ke malam.


Seri Muka ni sebenarnya banyak jenis dan versi nya. Yang samanya adalah pulut pada lapisan bawah. The rest, memang banyak jenisnya. Ada yang letak seri kaya, ada yang letak perisa pandan, ada yang letak jagung manis, tak kurang juga ada yang letak resepi kuih talam ka atasnya. Namun kreativiti dan selera masing-masing yang menyebabkan taste nya berbeza. Lepas ni Ita nak cuba letak parutan labu, rasanya mesti sedap juga , kena cuba lah nanti.  Ita biasanya letakkan seri kaya untuk lapisan atas dan juga lapisan tepung yang dicampur telur. 

Jom lah kita semak resepinya.


SERI MUKA     (VERSI II)

Bahan-bahannya:

Lapisan Bawah:

3 cawan beras pulut - di rendam terlebih dahulu
2 1/2 cawan santan
1 sudu garam
2 helai daun pandan

Lapisan Atas:

3 biji telur
1 1/2 cawan santan
4 sudu gula pasir
4 keping gula melaka
1/2 sudu garam
3 sudu tpg gandum
1 sudu tepung jagung


Caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Alas acuan dengan plastik dan sapu minyak.
  3. Masukkan semua bahan-bahan lapisan bawah dan kukus hingga pulut masak atau lebih kurang 20-25 minit.
  4. Bila masak, buang daun pandan dan tekan-tekan hingga pulut kemas dan mampat.
  5. Dalam mangkuk lain, kacau gandum,telur, tepung jagung dan garam.
  6. Tapiskan.
  7. Santan, gula pasir dan gula melaka dimasak atas api perlahan hingga gula dan gula melaka hancur.
  8. Tapiskan.
  9. Campurkan dengan adunan tepung tadi. kacau sebati.
  10. Curahkan diatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 20 minit.
  11. Bila masak, angkat. Tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong.



Nah.. dah siap. Hei.. jangan makan dengan baby tomato ya.. just hiasan je tu.. Ita jadikan ia props gambar agar lebih ceria. Mantapkan diri mu dengan ilmu di dada ya... Penuhi kewanitaan mu dengan ilmu masakan. Jadilah wanita yang hebat dimata suami.., pedulikan yang lain..

Okey selamat malam... Assalamualikum..