STRAWBERRY OH!! STRAWBERRY

BUAH YANG SELALU MENGODA ITA..BILA KE TESCO..


Assalamualikum.., apa khabar semua. Harap semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Hari ini punya cerita, cerita tentang buah kegemaran Ita ni. Ita memang sukakan strawberry. Hanya Ita sahaja peminat strawberry kat rumah ni.. yang lain memang tak suka pun kalau makan begitu saja, kecualilah kalau Ita buat puding atau tart, baru lah dia orang boleh telan..he..he.

Takpe.. takde persaingan, so Ita boleh ngap sorang-sorang tanpa gangguan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kalau beli  barang dapur kat TESCO tu.. memang beli lah buat strawberry ni. Bila pergi Cameron Highland hari tu.. gelap mata sekejap bila tengok buah strawberry, bukan nak beli semua tapi rasa tak mahu balik weh.. aduhs!! bestnya menikmati strawberry yang segar. Rasa nak ajer..buat tart buah hari-hari..



Tengok warnanya pun dah rasa geram. Tapi ada sesetengah orang suka makan strawberry celup coklat cair, tak pulak pada Ita. Ita lebih suka cicah dengan serbuk asam boi atau cecah garam yang dicampur ngan gula. aduhs! kecur liur dibuatnya. nak cari kat mana buah strawberry malam-malam macam ni..

Cakap ngan hubby, lantas jawabnya.., esok pagi2 kul 6 kita pergi cameron Haighland.. alah.. tak kuasa rasanya. Tunggulah nanti Ita sihat. Buat sakit hati saja pergi situ tapi tak puashati sebab tak boleh nak jalan lama-lama. Last2 terperap kat bilik hotel.. sedih bercampur geram nanti.. he..he.. apapun kalau nak makan sangat tunggu je cerah esok.., pagi2 pergi jer TESCO tentu dapat makan terus. Sama jer.. strawberry kat situ pun dari Cameron Highland jugak. Apa susah..



Teringat jugak dengan puding strawberry.. best pulak bila mengenangkannya. Kalau buat puding ni, ditambah pulak dengan susu segar..perg!! sedap sangat puding tu.. Insyaallah, kalau dapat strawberry esok, memang kena buat ni. Bukan setakat itu saja, kalau buat cheese cake pastu letak buah strawberry yang dipotong kat atas kek, pastu curah instant jelly pun sedap jugak. Walla...memang sedap lah..

Okey lah untuk malam ini.. Ita sudahi dengan Assalamualaikum... selamat berhujung minggu bagi yang berhujung minggu ya..bye..

Comments

Popular Posts