TEPUNG BUNGKUS

TEPUNG BUNGKUS.. KUIH TRADISIONAL YANG ENAK..


Assalamualaikum..


Salam sejahtera buat teman-teman dan insan-insan yang sudi menjenguk dapur maya Ita kali ini. Terima kasih kepada yang selalu mengikuti perkembangan dapur maya Ita dan selamat datang kepada tetamu baru yang baru menjengah dan mengintip dapur Ita kali ini ya. Seperti insan lain, Ita memasak dengan rasa keikhlasan dan penuh semangat kerana Ita amat suka berlama-lama didapur berbanding ruang lain dalam rumah Ita. Sebab itu, bila hubby order je makanan, Ita boleh terus menyiapkannya walaupun sudah lewat malam. Kehidupan kami yang sudah terbiasa begitu membuatkan kami rasa gusar jika ada tetamu yang bertandang ke rumah kami terasa tidak selesa kerana kami menikmati hidangan ikut mood kami tanpa menepati waktu yang sepatutnya secara konsisten. Misalnya lunch kami, kadang-kadang jam 1 tengahari dan kadang-kadang jam 3 atau 4 petang kami baru nak lunch. Bila lunch awal tu..selalunya kami tak breakfast..terus ke brunch..he.he..biasanya hari minggu lah macam tu. Tapi ada jugak bila nak pergi kemana-mana..kami akan breakfast awallah.. kadang tu kul 6.30 pun dah breakfast.. memang tak berjaduallah ..ha..ha.. macam mana lah nanti kalau Ita dapat menantu..pening kepala menantu ku..dengan cara kami makan yang tak sistematik..

Panjang pulak rasanya celoteh Ita kali ini. Pagi ini Ita nak kongsikan satu resepi kuih tradisional. Kuih lama lagi..ha..ha.. memang.. buat masa ni..tak jemu lagi dengan kuih nenek moyang ni.. sementelah lagi..daun pisang penuh keliling rumah..ha..ha.. lagilah senang nak membuatnya tanpa perlu ke pasar tiap-tiap hari. Buat jer..apa yang ada disekitar kita. Jimat belanja..tenaga dan masa Ita. Hubby dan anak-anak pulang petang nanti terus dapat makan kuih ni. nasib baik anak-anak tak cerewet sangat tentang makan KECUALI si Adam, putera bongsuku itu.. makanannya nak yang western ajer.. mat salleh celup betul yang tu sorang.. 

Jom lah kita semak resepinya, mana tahu kan ada teman-teman yang terasa nak makan kuih nenek moyang ni..kena pulak bahan-bahan dah ada kat dapur tu..lagi lah boleh terus buatkan..


TEPUNG  BUNGKUS

Bahan-bahannya:

1 cawan santan pekat
350 gm tepung beras
secubit garam
1 sudu besar tepung pulut
daun pisang secukupnya
1 cawan air

Bahan-bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut
250 gula pasir
2 keping gula melaka
1 helai daun pandan-simpulkan
2 sudu makan tepung pulut
secubit garam




Cara-caranya:

  1. Daun pisang dilayur diatas api terlebih dahulu untuk menggelakkan dari terkoyak ketika mengbungkus nanti.
  2. Untuk bahan inti: Campur semua bahan ke dalam kuali kecuali tepung pulut.
  3. Masak diatas api sederhana hingga gula dan gula melaka larut.
  4. Bila kering, angkat dan sejukkan.
  5. Ambil tepung pulut masukkan sedikit air dan uli hingga jadi doh.
  6. Ambil doh, leperkan masukkan inti kelapa dan bulatkan seperti guli dengan saiz besar sedikit dari guli.
  7. Untuk membuat tepung bungkus:  Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali daun pisang.
  8. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan
  9. Sudukan adunan diatas daun pisang dan letakkan inti tadi.
  10. Bungkus seperti di dalam gambar di atas.
  11. Ulang hingga habis adunan tadi.
  12. Susun dalam kukusan dan kukus sehingga masak.

OKEY dah siap tepung bungkus kita. Kuih ini memang sedap dimakan untuk sarapan atau untuk hidangan petang. Lebih enak jika kita tidak berkira dengan santan. Maksud Ita kalau kita lebihkan santan sedikit rasanya lebih lemak dan sedap. 

Okeylah sehingga jumpa lagi. ASSALAMUALAIKUM..

Comments