AKOK GULA MELAKA


Salam sejahtera untuk semua.. adu.. letih sangat terasa. Ita ke Kuantan semalam kerana ada appointment dengan doktor pakar di sana. So.., sebab itu Ita tak sempat nak update blog. Rindu betul walaupun baru 2 hari tak update. Blog Ita ni seolah-olah telah menjadi teman karib dah sekarang. Sehari tak update pun terasa gelisah dah. Tapi kalau time tak ada mood, seminggu pun tak update langsung. Itu lah kita.., ada pasang surutnya mood kita kan. Nama pun manusia.., kalau robot senang pulak.., just program..je.. pasang suis.. jalan terus.. he..he..

Akok gula melaka ni.. Ita buat pada hari khamis untuk hidangan berbuka puasa kami anak beranak. Rasanya memang enak sangat. Itu lah untungnya kalau buat kuih sendiri.., kita boleh ubah ikut citarasa kita. Nak tawar.., kurangkan gula, nak lemak tambah santan.. kan kena dengan taste kita.. baru lah bila makan ada kepuasan. Sebelum ke Kuantan, Ita ada buat Roti Lapis Cheese untuk di tinggalkan pada anak-anak tapi tak sempat nak ambik gambar.. Ita janji bila Ita buat sekali lagi Ita akan sertakan resepinya ya..



Cerita pasal akok ni.. Ita teringat kat nenek. Dulu-dulu bila tiba time raya, cuma nenek (kami panggil nenek kami "mek") yang buat akok kat kampung Ita. Sapa-sapa nak makan akan datang rumah nenek. Akok nenek memang sedap, nenek letak telur banyak-banyak dan tentunya akan sedap. Tapi nenek selalunya time raya baru dia buat. Paling tidak pun time kenduri kahwin anak-anaknya, mesti dia akan buat. Sebab itu anak cucu akan kempunan nak makan. Ya lah.. mek kerja.. jadi tak selalu mek akan buat akok ni. Jadi, sekarang ni.. cucu mek ni pulak yang nak buat akok ni, gara-gara  rindu dengan akok mek. Tapi tetap tak boleh lawan air tangan mek. Lagi la best bila mek dulu bakar guna sabuk kelapa dan acuan tembaga.. klasik betul bila mengingatkan...


 Jom lah kita semak resepinya.. Kalau asyik cakap saja tak jadi akok kita hari ni kan.. 

Ita nak mintak maaflah sebab akhir-akhir ni.. Ita asyik cerita pasal kuih-kuih lama je.. tengah angau dengan kuih-kuih klasik ni tak habis lagi..

Macam-macam kuih tradisi yang Ita masukkan dalam list to do Ita.

Tengoklah nanti, kuih-kuih yang Ita buat ya.. mana lah tahu ada yang nak start berniaga kuih muih ni.., boleh buat rujukan.

Tapi satu Ita minta., kalau terbaca dan terlihat Ita tertinggal mana-mana bahan tu.. sila nyatakan di ruangan komen supaya Ita boleh updatekan ya.. 

Mak cik ni. dah tua.. nyanyok tu tetap muncul juga kadang-kadang walaupun kita tak nak.., he..he..



Meh lah, kita tinjau-tinjau bahan-bahan kat dapur.. ada ke tak..

AKOK GULA MELAKA

Bahan-bahannya:

3 keping gula melaka (250 gm)
1 1/2 kotak santan KARA (300 ml)
8 biji telur
50 gm tepung gandum
80 ml air
2 helai daun pandan


Cara-caranya:


  1. Panaskan air dan gula melaka hingga hancur.
  2. Jangan lupa letakkan daun pandan yang disimpul ya..
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Masukkan gandum dan telur.
  5. Kacau sebati.
  6. Ita guna whisk supaya tak berketul.
  7. Ita guna acuan muffin sebab tak de acuan akok.
  8. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
  9. Isi kan adunan tadi.
  10. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
Jadi.. sekarang boleh buat ya.. senang sangat. Tapi percaya lah.. memang sedap akok kalau buat sendiri ni.. kepuasannya ummph!! tahap maximun... ha..ha...

Simpan resepi ni.. buat jualan bulan ramadan nanti ya... he..he...

Teringat bulan ramadan,.. Ita jarang sekali membeli dekat bazar, selalunya balik kerja bazar dah tutup pun. Jadi kena gak masak kat rumah. Bila azan tu.. minum dulu seteguk dua.. pastu masak ringkas2..

Okey.., teman-teman semua.. bye..

selamat mencuba..

Assalamualaikum...

  1. Hamba Allah..

Comments

Popular Posts