ANUGERAH

ANUGERAH ALLAH YANG PALING INDAH..

Assalamualikum.. harap semua sihat-sihat belaka ya. Pagi ini Ita rasa sakit kepala yang teramat sangat. Tak tahu kenapa.. Ubat yang ditelan pun terasa tak berkesan. Sakit kepala yang berpanjangan bermula beberapa hari lepas lagi tetapi rasa boleh buat bodoh lagi. Tapi pagi ini makin menjadi jadi pulak. Ita ni sangat jarang sakit kepala. Seingat Ita masa mengandung saja Ita akan ditimpa sakit kepala. Ita tak pernah makan panadol atau guna minyak angin. Sebab mungkin Ita tak pernah sakit kepala kot.. sebab tu Ita memang tak suka minyak angin atau panadol.

Tapi dugaan Allah siapa yang tahukan. akhirnya, Tuhan bagi juga Ita rasa macam mana rasa sakit kepala ni.. Biasanya Ita akan dengar rintihan suami aje yang sering sakit kepala. Sangat tak selesa..

Tapi kerana pagi ini, ada teman yang menalifon untuk datang menjenguk Ita yang tak sihat ni.. Ita terlintas yang hidangan apa yang nak Ita hidangkan untuk kawan Ita datang nanti. Nak buat yang rumit rumit rasa tak larat. Jadi Ita buat yang simple simple aje lah. Tak susah mana pun. Masukkan secawan gandum., 3 biji telur, 1 cawan santan dan satu cawan gula..masuk air pandan 1 cawan..blender sekejap..masuk acuan dan bakar. Tunggu 45 minit dah pun masak. Ini lah hasilnya..


Nampak tidak kemas kerana Ita memotong kuih ni semasa ia masih panas. seeloknya Ita tunggu sehingga ia sejuk barulah di keluarkan dari acuan dan di potong.  walaupun nampak tak cantik (kuih express katakan...hi..hi..) sekurang-kurangnya ada juga hidangan untuk sahabat Ita yang sudi melawat Ita..he..hge..

Asalnya Ita.. tak mahu bercerita pasal kuih ni.. tapi nak kongsikan apa yang Ita rasa masa ini. Ya anugerah Allah yang kadang-kadang kita terlupa dan langsung tidak menyebut alhamdulillah. yang kita nampak cuma ujian Nya sahaja. Nikmatnya jarang kita nampak..astagfirullahalazim..

Ita mendambakan mempunyai anak lelaki seawal perkahwinan lagi. Tapi setelah 13 tahun melayari kehidupan berumah tangga baru lah Allah kurniakan Ita seorang anak lelaki yang sangat comel.. biar pun tak secomel anak Rozita Che Wan, namun Ita amat bersyukur kerana kehadirannya sangat membahagiakan Ita. Sikapnya yang tak banyak ragam menambah lagi rasa kesyukuran. Kerana situasi kerjaya Ita yang sentiasa sibuk memudahkan Ita untuk menguruskannya.



Malah suami amat membantu dalam membesarkannya. Ita jarang bangun pada waktu malam untuk menguruskan anak. Suami lah yang banyak membantu.., mungkin dia kesiankan Ita takut mengantuk kerana Ita harus bekerja pada keesokkannya. Alhamdulillah. Mempunyai suami yang amat penyayang amat bermakna buat Ita. Bila saja terbaca kisah-kisah masyarakat di majalah majalah dan akhbar-akhbar.., mengisahkan kehancuran rumah tangga.. amat menyedihkan. Semuanya kerana tiada kesefahaman. Ita benar-benar bersyukur. suami Ita, walaupun tak sekaya mana.. tapi kami cukup makan pakai.. sempurna anak-anak yang belajar. Itu dah memadai buat Ita.



Bertambah-tambah kesyukuran.. bila anak-anak juga mendengar kata kami sebagai ibubapanya. Tidak bebas kelakuan. Ya lah.. sebagai ibu yang bekerja.., tentu Ita tak mempunyai masa yang banyak untuk memerhati semua tindak tanduk seharian anak-anak Ita. hanya doa dan nasihat yang dapat Ita lakukan.



Satu sikap Adam, bila naik kereta, dia tak mahu duduk di ribaan Ita, mesti nak dekat abahnya jugak. Mungkin sebab suami mempunyai masa lebih dengannya, jika berbanding dengan Ita yang kadang-kadang sampai lewat malam ke rumah..


Bila tiba masa terluang begini.. Ita cuba muhasabah diri. Cari kesilapan yang harus Ita perbetulkan. Jika dulu Ita merasakan Ita tak cukup baik buat suami, Ita akan cuba berusaha menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Meminta ampun dan maaf selalu agar tiada rasa bersalah yang bersarang dihati.  Mendidik anak-anak dengan cara baik tanpa berkasar agar ianya menjadi suatu kenangan yang manis buat anak-anak Ita. Ita tak mahu anak-anak Ita membesar dengan mengumpul kenangan pahit semasa kami bersama. Ita selalu bertanya pada anak-anak, apa yang anak-anak Ita tak puashati dengan Ita. Ita mahu anak-anak Ita sentiasa mendoakan Ita dan abahnya seperti mana Ita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mereka setiap hari.

Semuga kami sentiasa dalam limpahan rezekinya..

Comments