APAM BALIK

APAM BALIK UNTUK BREAKFAST KAMI..

Assalamualaikum semua.. selamat pagi.. dah breakfast ke? Hmm..pagi ni kami just makan apam balik sahaja sebagai breakfast. Cepat dan ringkas. setelah bancuhan disediakan, hubby menyambung tugas untuk mengorengnya.. Letak jagung banyak-banyak, tabur kacang dan gula..lipat dan sapu mentega siap. Senang sangat.

Ita kesiankan hubby sebab dia banyak tolong Ita di dapur, jadi Ita fikir-fikir buat yang ringkas2 aje.. Pagi2 ni..masa pun tak panjang, nanti tak sempat pula Si Avin nak makan sebelum dia memulakan exam SPM nya.

Buat Avin.. umi doakan semuga avin tenang dan bijak dalam menghadapi exam ya. hari ni Avin exam kertas seni.. dah seminggu dia practice melukis setiap hari dari pagi sampai jauh-jauh malam. Insyaallah usaha Avin berbaloi. Pandangan umi.. Avin dah cukup berusaha dan umi harap Avin berjaya.

Emm.. sebenarnya Ita tak kisah pun kalau hubby tak menolong Ita menyiapkan hidangan untuk breakfast tapi mungkin dia kasihan kan Ita kot.. setiasa menyibukkan diri bila Ita didapur. Ya lah.. Ita tak mengharap bantuannya kerana dia nak pergi kerja dan waktu pagi adalah waktu yang paling cemas kalau hari kerja..he..he... Terima kasih bang..

Jom lah kita semak resepinya ya.. mana tahu kalau ada teman-teman yang nak buat apam balik ni.. Teringat Ita pada acuannya.. kalau kat pasar malam tu.. mereka gunakan acuan tembaga yang bentuk bulat tu.. tapi Ita guna kuali tak melekat jer..he..he.. Ingat nak juga ke Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu tu.. nak cari lah acuan macam tu.. tunggu bila sihat nanti..insyaallah..



APAM BALIK JAGUNG

3 cawan gandum
1 cawan gula
2 cawan air
secubit garam
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat

Bahan Inti
1 tin jagung - Ita pakai yang cream
1/2 cawan kacang -goreng tanpa minyak dan tumbuk
1/2 cawan gula
sedikit mentega

Cara-caranya:

  1. Campurkan gandum, gula, air, garam serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  2. Gaul sebati hingga pekat, jangan cair ya.
  3. Ketepikan.
  4. Panaskan kuali, sapukan mentega.
  5. Masukkan satu senduk, kalau mahu besar lebihkan adunan ya..
  6. Goyang-goyangkan kuali hingga adunan jadi bentuk bulat.
  7. Guna api perlahan ya..
  8. Bila bahagian atas kelihatan dah masak, sapukan majerin, letakkan jagung dan taburkan kacang.
  9. Kemudian taburkan sedikit gula.
  10. Lipat, sapu majerin diatasnya..angkat.
  11. Ulang hingga adunan habis.
  12. Kalau suka, boleh diletakkan juga hirisan pisang dan tabur coklat chip ya..sebagai intinya.
Hmm.. tak sempat nak ambik gambar semasa sebelum makan tadi..jadinya tinggal sebiji ini aje berbaki dan bolehlah Ita ambil gambarnya..he..he..


Assalamualikum... SELAMAT MENCUBA YA..

Comments