Tuesday, 18 November 2014

ASAM PEDAS

ASAM PEDAS YANG MENYENGAT..


Assalamualaikum.. semuga semuanya sihat2 ya..

Ini cerita malam tadi..dinner malam tadi. Ita sediakan Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas buat arjuna ku. Ita tahu.. dia.,  bila balik dari kerja mesti nak makan terus lepas solat maghrib. Tahu sangat doh pe'el dio.. Tak mahu menghampakannya, Ita minta dia mesej dulu sebelum dia keluar office.. bukan apa.. bila dia nak kluar opis tu..kita masak dan bila dia sampai rumah, lauk masih panas2 dan fresh.. macam order kat kedai gitu.. he..he..

Dalam rumah Ita, semuanya sukakan asam pedas ni. Tapi Ita tak dapat buat pedas2 sangat sebab suami dan anak lelaki Ita, si Adam tu tak tahan pedas. Kalau boleh Ita suka kan jika ianya pedas sedikit. Baru menyengat.. he..he..

Berikut Ita , kongsikan resepi Asam Pedas ya.

IKAN MASAK ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

1/2 kilo ikan tenggiri-bersih dan potong
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
5 biji kacang bendi
1 biji tomato-belah 2
1 batang serai-dititik
1/2 senduk minyak masak
1 camca teh halba
1 cawan air asam jawa
1.5 liter air
1 camca teh garam
sedikit serbuk perasa jika suka

Bahan kisar :

4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
8 biji cili kering-potong dan rendam air panas sekejap

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan halba dan serai. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan air dan air asam jawa. Bila mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan mendidih,. masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato.
  6. Jika mahukan kuah nya cair, boleh tambah air ya.
  7. kalau nak pedas boleh tambah cili kering, yang ita masak ni kurang pedas kerana faktor ada kanak2 dalam rumah ni..he..he..


Hmm..boleh cuba ya.. nanti alter sendiri, kalau nak lebih masam kawan-kawan boleh lebihkan asam jawa,, kalau nak lebih pedas , tambahkan cili lagi.. baru kena selera kan. 

Apa-apa pun betulkan niat tu.. baru dapat pahalanya.. selamat mencuba..

Assalamualaikum...