BELIMBING

KHASIAT BELIMBING YANG ANDA TIDAK KETAHUI..


Assalamualaikum.. apa khabar semua. Pagi ini Ita nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang khasiat buah belimbing. Kenapa Ita memilih buah belimbing sebagai topik pagi ini. Haa.. ini adalah kerana salah satu buah yang Ita gemari ketika selera makan hilang. Kenapa macam tu.. ?? Ita ni tak tahu lah nak kata pelik ke tidak. Sebab dalam satu bulan mesti ada minggu yang selera Ita hilang untuk makan nasi. Jadi, time tak de selera, hanya buah boleh menjadi alternatif kepada selera Ita. Kalau tak ada buah tak tahu lah..macam mana. Mahu mati kering agaknya..ha..ha..

Sebelum ni Ita cuma tahu makan jer,,buah ni. Tak tahu langsung khasiatnya. Bila banyak masa ni.. rasa nak ter google lak tengok khasiatnya. Rupa bbannyakk......., khasiatnya. Ha..ha.. nasib baik lah ianya ada khasiat, kalau tak makan sekadar untuk kenyang aje lah. Kosong..takde faedah apa-apa. Emm..bila dah tahu khasiatnya, timbul pulak keterujaan nak makan buah ni.. 

Dulu-dulu.., nenek ada sepohon buah belimbing berhampiran telaga/perigi di kampung. Nak cakapnya, orang dulu-dulu.., suka bercucuk tanam, pastu tanam je dekat mana-mana di kawasan rumah. Semua pokok mereka nak tanam. Seingat Ita lah, berhampiran perigi nenek tu, ada pokok durian belanda, pokok belimbing, pokok kari, pokok pandan, pokok limau.. dan jauh sikit dari telaga tu ada pokok rambai dan pokok ciku. Wallah..banyak benar pokoknya. Sekarang!!..hmm..tanah rumah kita muat-muat je dengan rumah, mana nak tanam pokok..ha..ha.. habis segala benda nak kena beli, hatta lengkuas dan kunyit pun kena beli. Ada halaman sedikit nak kena simen sebab takde masa nak potong rumput. He..he,,kan habis segalanya kena beli kalau nak masak.

Keadaan ini menyebabkan timbul rasa nak bercucuk tanam. Walaupun tanah ada sekangkang kera, Ita nak cuba juga tanam tanaman yang boleh Ita gunakan setiap hari seperti pandan, kunyit, lengkuas, daun kesom dan sebagainya. Tak payah lah nak ke pasar selalu. Ni tak.. kalau nak makan ikan masak asam pedas pun nak kena kluar jugak sebab nak beli daun kesum..he..he..

Berbalik kepada cerita belimbing tadi., jom kita tengok khasiat-khasiatnya..





Ada beberapa khasiat yang dapat Ita kumpul tentang buah belimbing ni. Belimbing ini dikatakan kaya dengan kandungan zat, vitamin dan mineral. Malahan ia bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan. Sebab itu lah Ita cantik..ehem..ehem..pewwit... he..he.. gurau jer.. perasan tahap maut tu.. Rasanya.., hampir semua orang kenal belimbing. Belimbing mempunyai dua jenis iaitu belimbing besi dan belimbing buluh. Belimbing buluh biasanya digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili padi.  Belimbing besi ni  pulak dimakan begitu saja seperti buah tempatan yang lain atau boleh juga di buat jeruk atau jus.

Belimbing  berasal daripada Sri Lanka, nama saintifiknya ialah Averrhoa carambola atau dalam bahasa Inggeris di sebut starfruit. Amat mudah dibiakkan dan rasanya manis segar.

Okey antara khasiatnya, kita tengok khasiat untuk kecantikan dulu ya.. ya lah kaum perempuan ni..kalau sebut pasal kecantikan.., apa saja sanggup dibuat. Jangan lah terlalu obses dengan kecantikan ya. Reda lah apa yang Allah berikan untuk kita. Kita jaga lah anugerah Allah tu dengan baik. Tak payah buat perkara-perkara yang luar dari batasan semata-mata nak cantik. Buat apa susah-susahkan diri untuk cantik dengan melalui proses yang merbahaya seperti botok dan pembedahan plastik. Ita amat tidak setuju dengan cara itu kerana kita hampir mengubah ciptaan Allah untuk kita.

Belimbing dikatakan mempunyai beberapa vitamin yang mempunyai kesan mengecilkan pori-pori kepada kulit manusia. Vitamin C dan Vitamin A dalam buah ini mampu memberi kesan kesegaran kepada kulit dan meremajakan kulit yang sudah tua. Ia juga dikatakan dapat mencegah dan menghilangkan jerawat pada kulit muka.

Selain kecantikan, ia juga memberi manafaat kepada kesihatan. Di dalam buah belimbing didapati banyak cairan yang berfungsi sebagai pengganti ion tubuh yang hilang selepas ber aktiviti. Ia juga mencegah daripada kanser. Ia juga mampu mengurangkan kadar gula dalam tubuh. Oleh itu bagi pengidap kencing manis, disarankan mengambil buah belimbing ini dengan kerap.

Selain itu, buah belimbing mampu mengubati deman panas kerana dikatakan boleh menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Haa.. banyakkan khasiatnya. Jadi yang mana ada ruang kat rumah tu..boleh lah ditanam dengan pokok belimbing. Boleh makan belimbing cecah kicap bila ada waktu terluang..he..he.. 

Bye..Assalamualaikumm..



Rujukan:

http://ternukil.blogspot.com/2013/11/10-khasiat-dan-manfaat-buah-belimbing_27.html

http://sejutaherba.blogspot.com/2013/11/belimbing-sebagai-penawar.html






Comments

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment