PENGAT UBI KAYU

PENGAT UBI KAYU, KLASIK BETUL..

Assalamualaikum.. semuga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat ya. Di Kota Bharu, hujan tak henti-henti dari pagi. Cuaca muram jer..semuram hati dan perasaan Ita.. hi..hi.. Tapi tetap terasa jiwa tak kosong kerana anak-anak dan suami tak ke mana. Cuti yang panjang semenjak hari rabu sempena Keputeraan Sultan Kelantan. Bila hujan-hujan macam ni..biasa lah. Semuanya malas nak keluar, masak apa yang ada jer.. Namun, seingat Ita kalau musim hujan semua nya makan berselera dan cepat lapar. Jadi tak mahu perut-perut dalam rumah ni kekosongan, jadi kami bergotong royong menyiapkan pengat ubi kayu, he..he.. Kebetulan ubi kayu lebihan hari tu masih bersisa. 

Yang bagusnya, ubi kayu ni lama boleh simpan. Seperti juga keledek dan ubi-ubi lain. Pada malam jumaat lepas, semasa balik dari Kuala Lumpur plan nak beli nangka madu dan ubi-ubi tepi jalan dekat Raub. tapi oleh kerana kami balik awal pastu waktu malam pulak, jadi tak dapatlah nak beli.. Niat nak buat kuih nagasari dengan nangka madu tu.. nampaknya tak kesampaian lah..

hmm.. sedap jer nampakkan. Boleh jer kawan-kawan mencuba.. tak rugi. Yang tak suka tu..baik cuba dulu, manalah tahu akhirnya anda tersuka..he..he..

Jom semak resepinya:

PENGAT UBI KAYU

1 batang ubi-buang kulit dan potong 5-6 inci
2 keping gula melaka
1/2 senduk gula
1 helai daun pandan
1 liter air
secubit garam


Cara-caranya:

  1. Rebus ubi kayu dan garam hingga empuk.
  2. Bila masak, masukkan air dan gula melaka.
  3. Masukkan gula dan daun pandan.
  4. Bila mendidih, masukkan santan.
  5. Kacau perlahan-lahan.
  6. Bila mendidih, angkat dan boleh dihidang.


Senang aje kan. Simple sangat. Boleh buat dalam masa yang singkat je. Makanan lama ni jangan sampai kita tak tahu nak memakannya. sayang kalau ianya tak de dalam sejarah kehidupan kita. Anak-anak kena dikenalkan dengan makanan lama ni..takut nanti bila mereka terbiasa dengan fast food, mereka tidak tahu makanan orang dulu-dulu..

Okey..bye..

Comments

Popular Posts