CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH YANG KANAK-KANAK SUKA..

Assalamualaikum..


Hmmm... Ita kadang-kadang terasa nak melenting gak dengan anak-anak ni..  Adam minggu ni kelasnya cuma satu hari saja. Kelas nya bergilir-gilir dengan darjah lain kerana sekolahnya digunakan untuk student yang ambik SPM. Naik lemak lah dia bila tak perlu ke sekolah. dari pagi sampai malam asyik nak main games aje.. macam nak terkeluar dah biji mata tu..

Tak tahu macam mana  dah nak pujuk. satu ayat aje yang boleh digunakan kalau nak suruh dia berhenti sekejap main games.. "Adam.., tak practice piano.. nanti umi royak ko abah!!". Haa..hanya itu saja yang perlu Ita cakap kalau tidak, memang susah lah nak lepas komputer dia tu.. bila suruh buat exercise..tunggu bila dapat buku teks dulu katanya. Nasib baik buku teks tak dapat lagi.. Dapat nanti..siap awak..

Mujurnya waktu solat yang tak perlu di suruh..alhamdulillah..  Yang tu,,.. dia  memang ingat sangat. Bukan apa..takut abahnya balik tanya.. dia tak de jawapan..ha..ha.. 

Tadi bila Ita suruh practice piano.. dia muncung je.. sambil bertanya Ita " umi, berapa lagu ni nak main..?".. he..he.. Ita jawap," 15 lagu....".. padan muka.. main games tak henti berjam-jam tapi kalau buat benda lain berkira.. 


Muncung nya panjang jer.. bila suruh tinggalkan games nya.. nak memberontak tak berani lah tu.. he..he..

Ita tak mahu dia obses sangat dengan games nya. hubby selalu berpesan agar memantau setiap aktiviti hariannya di rumah. katanya takut Adam ketagih dengan games, dan ianya amat tidak bagus. nanti dia tak minat dengan pelajarannya.

Sebab itu Ita selalu cakap dengannya, kalau Adam asyik main games macam mana nak bijak dalam pelajaran. Jangan cita-cita aje yang tinggi, usaha tak de. Adam berangan-angan nak belajar di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi di Kota Bharu. Tak tahu kenapa, dia nak sangat belajar kat situ. Ita kata kat dia.. tu sekolah budak-budak cerdik jer. Susah nak masuk kat situ kalau tak pandai.

Namun, Ita pun gembira juga kalau Adam dapat masuk ke sekolah tu.. Hmm.. 3 tahun lagi Adam akan habis sekolah rendah. Harap-harap Adam dapat masuk ke sekolah tu, jika ada rezekinya.

Insyaallah.

Comments