Saturday, 29 November 2014

GORENG PISANG CHEESE


Assalamualaikum.., selamat petang semua. Tentu ramai yang releks-releks ya. Petang-petang macam ni kan best minum teh O dan ada pulak goreng pisang panas-panaskan?. Ita tak mahu berkecuali., nak jugak jugak minum petang walaupun tak berapa lama lagi nak makan malam. Kena pulak dengan goreng pisang cheese ni.. lagilah best.

Hubby belikan beberapa biji pisang masa dia ke pasar pagi tadi. Petang ni tengok pisang tu.., terus je teringat nak makan goreng pisang cheese. Walaupun selalu gak buat..tapi tak pernah nak update dalam blog. Kali ini Ita share kan ya. Tapi yang ni gaya Ita lah. Tak pulak terasa nak search kat blog orang lain. Nanti nak cuba jengok blog kawan-kawan kita yang lain pulak lah. Tentu menarik jugakkan.. 

Nak tanya kawan-kawan.. sebenarnya kita nak panggil apa ya.. Goreng pisang cheese ke Pisang goreng cheese.. he..he.. Tapi kalau cheese goreng pisang.., macam tak betul pulak ya.. apa-apa pun kita makan dulu lah.. Dah meleleh-leleh dah ni..nak makan goreng pisang cheese ni.


GORENG PISANG CHEESE

Bahan-bahannya:

3 biji pisang nangka - dibelah 4
1/2 sudu teh kapur -bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan tepung beras
2 sudu besar gandum
1 cawan air
1 biji telur
Minyak secukupnya untuk mengoreng
100 gm cheese parut


Cara-caranya:

  1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, air, air kapur, garam, gandum, telur dan  serbuk kunyit.
  2. Kacau sebati.
  3. Panaskan minyak, masukkan pisang kedalam adunan tepung beras tadi.
  4. Bila minyak panas, goreng pisang. Pisang nangka tidak boleh digoreng terlampau lama kalau tidak ia akan lembik.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Taburkan dengan parutan cheese diatasnya.
  7. Hidang bersama teh O.. wow.. sedap..

Pisang nangka tidak boleh pisang yang terlampau masak sebab bila digoreng ia akan menjadi lembik. tetapi sesetengah orang memang sukakan pisang yang lembik sebegitu. Tidak pulak pada Ita. Ita lebih sukakan yang biasa-biasa aje..

Masaklah dengan ikhlas,.. pahala dapat.. makanan pun enak..

bye.. assalamualaikum..


Hamba Allah