KARI IKAN



Assalamualaikum.. salam sejahtera buat anda semua. Ita pagi ni..terasa macam segar sedikit badan ni... dah makan apa  kawan-kawan pagi ni.. ke ada yang tak makan lagi.. jangan abaikan breakfast ya... pagi ni,.. kita perlukan tenaga, nanti nak buat kerja macam mana ya.. Cuti-cuti sekolah ni.. ringanlah sedikit tugas Ita, kerana anak-anak boleh membantu. Seronok tengok anak-anak membantu.. boleh lah kita berehat. nanti awal tahun depan.. tak tahu lah macam mana..

Hari terasa terlalu cepat berlalu, walaupun kadang-kadang ketika boring tu,.. terasa lambat.  Ya.. lah tak lama lagi tahun baru akan muncul.. bertambah lagi usia kita kan. Itu yang tak dapat halang.. umur makin bertambah dari hari ke hari. Bekalan pun tak cukup lagi nak bawa ke tempat kekal nanti. Berharap sangat agar Allah permudahkan segala urusan untuk bekalan nanti.

Pagi ni.. Ita ber breakfast dengan Adam aje. Pagi-pagi lagi Ita mengadap meja makan dengannya. Ita makan nasi putih dan Kari Ikan saja. Kari yang dimasak malam tadi, ada lebihan.., rehatlah pagi ni.. Tak masak apa-apa. Bertambah Adam bila jumpa kari. Ita cuma buat 2 ekor ikan kembong aje..,yang dipotong 3. Sedap juga bila dihangatkan balik pagi ni..  Kena berjimat tau.., ingat pada yang tiada. 


Jom lah kita semak.. apa ramuan yang Ita masukkan hingga terjadinya kari ikan yang sedap dan ringkas ni...

KARI IKAN

2 ekor ikan kembong- dipotong 3
2 sudu besar rempah kari ikan-bancuh dengan sedikit air
150 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
3 biji bawang merah-hiris
3 biji bawang putih-hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh halba
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia-hiris
1 biji tomato
1/2 senduk minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis kan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Bila layu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, halba dan daun kari.
  3. Bila naik bau tu.. masukkan rempah kari ikan. Kacau.
  4. Bila terbit minyak masukkan santan pekat dan air. 
  5. Masukkan cili kisar. Kacau.
  6. Masukkan garam dan gula. Kacau dan bila mendidih masukkan ikan.
  7. Tunggu hingga ikan empuk. Masukkan tomato.
  8. Sesuaikan rasa.

Dah siap pun.. kan ringkas ajer.. macam masak maggie je kan.

Cuba lah.. BYE..

SELAMAT MENCUBA


Comments